Boon Siew Honda Menyambut 60 Tahun yang Gemilang Dengan Lima Juta Unit Dikeluarkan!

 

  • Boon Siew Honda menyambut 60 tahun yang gemilang dengan pencapaian pengeluaran lima juta unit motosikal di kilang pengeluaran mereka di Pulau Pinang.
  • Apa yang bermula dengan hanya 50 buah motosikal Honda cub pada tahun 1957 telah berkembang dengan pesatnya dengan pengeluaran unit yang ke-sejuta mereka pada tahun 1986.
  • Jumlah ini terus berkembang atas jasa beberapa buah model yang amat diminati ramai seperti Honda EX5 dan yang terkini, Honda RS150R.

Selepas enam dekad dalam industri permotoran Malaysia, Boon Siew Honda (BSH) telah menyambut satu pencapaian bersejarah pada hari ini sebagai pengilang dan pengedar motosikal Honda di dalam negara. Sambutan ini telah diserikan lagi dengan pengeluaran unit ke-5 jutanya yang telah dikilangkan di kilang pemasangan mereka yang terletak di Pulau Pinang.

Hadir sewaktu acara bersejarah ini adalah Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dua (MITI), Dato’ Madani Bin Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Dato’ Surveyor Haji Rozali Bin Haji Mohamud, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Tuan Yang Terutama, En. Kiyoshi Itoi, Konsul Jeneral Negara Jepun di Pulau Pinang, Datuk Loh Kian Chong, Pengerusi Eksekutif Oriental Holdings Berhad, Encik Seiji Kuraishi, Naib Presiden Eksekutif, Pegawai Eksekutif & Wakil Pengarah Honda Motor Co. Ltd., Dato’ Seri Loh Cheng Yean, Pengerusi Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Encik Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Apa yang telah bermula sebagai sebuah perniagaan motosikal pada tahun 1957 di sebuah bilik pameran kecil yang terletak di Pitt Street, Pulau Pinang, dengan hanya 50 buah motosikal Honda Cub telah berkembang dengan pesat sekali dan menjelang tahun 1969, telah bermulanya pengeluaran motosikal Honda Cub yang dihasilkan dalam negara, hasil kerjasama teknikal di antara Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew dan Encik Soichiro Honda. Saban tahun, Boon Siew Honda semakin berkembang dan pencapaian yang lebih besar telah berjaya dicapai mengatasi pengeluar-pengeluar lain di dalam Malaysia.

  • 1957 – Boon Siew Sdn. Bhd. (BSW) memulakan jualan import motosikal Honda.
  • 1969 – Pengeluaran dalam negara motosikal telah dimulakan.
  • 1986 – pengeluaran 1 juta unit.
  • 1999 – pengeluaran 2 juta unit.
  • 2007 – pengeluaran 3 juta unit.
  • 2008 – Penubuhan Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH)
  • 2011 – pengeluaran 4 juta unit.
  • 2013 – Pengeluaran motosikal dimulakan di kilang baru di Batu Kawan.
  • 2017 – pengeluaran 5 juta unit dan sambutan ulang tahun ke-60 perniagaan motosikal Honda di Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah Boon Siew Honda, TEKAN SINI.

Menurut Dato’ Seri Loh Cheng Yean, Pengerusi Boon Siew Honda, “Selama 60 tahun ini, Oriental Holdings Berhad menjalinkan hubungan yang teguh dengan Honda Motor dan kami telah menyatukan visi kami untuk menawarkan motosikal yang inovatif dan diyakini orang ramai melalui perjanjian terkini antara kami. Hubungan antara Oriental Holdings Berhad dan Honda Motor ini mencerminkan hubungan perniagaan antara Malaysia dengan Jepun di dalam industri automotif. Melalui kerjasama ini, kita telah melihat peningkatan tahap ekonomi Malaysia dan kami akan terus memberi sumbangan berharga kepada negara bersama-sama dengan Honda,”

“Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Boon Siew Honda atas kejayaan besarnya selama 60 tahun perniagaan dan 5 juta unit pengeluaran di Malaysia. Dengan visi baru Honda untuk tahun 2030, saya yakin bahawa perkongsian kita antara dua organisasi ini akan membawa perniagaan kita ke tahap yang baru. Kita akan terus mencipta produk-produk hebat yang memperkayakan mobiliti dan kehidupan yang menyeronokkan” kata Encik Seiji Kuraishi, Naib Presiden Eksekutif, dan Pengarah Eksekutif & Perwakilan Pengarah Honda Motor Co. Ltd.

“Terima kasih atas sokongan para pelanggan kami di Malaysia, Boon Siew Honda kini mampu memasarkan 5 juta unit produksi tahun ini. Semangat pengasas syarikat kami yang ingin membantu orang ramai dalam kehidupan seharian mereka dan memperolehi keseronokan dalam penunggangan, telah diwarisi oleh rakan-rakan niaga Honda sebagai titik permulaan bagi pembuatan automotif Honda. Boon Siew Honda telah berjanji untuk terus menyampaikan produk-produk menarik, “kata Encik Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

Dengan lebih 60 tahun dalam industri dan masih lagi berdiri dengan teguh, kami tidak berasa hairan sekiranya Boon Siew Honda terus mendominasi dan menginovasi dunia permotosikalan di Malaysia. Setinggi-tinggi tahniah daripada kami semua di MotoMalaya dan laman saudara kami, Bikes Republic!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Honda EX5 Dream Fi ulang tahun ke-30 Edisi Terhad 2017, TEKAN SINI.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]