Motosikal Honda EX5 Fi Ulang Tahun ke-30 Edisi Terhad 2017 diperkenalkan – Dari RM5,309

 

  • Boon Siew Honda (BSH) mengumumkan yang mereka akan mengeluarkan dua buah model motosikal Honda EX5 Fi Ulang Tahun ke-30 Edisi Terhad 2017.
  • Bersempena dengan kejayaan tiga dekad motosikal berkenaan, BSH juga akan meraikan mercu tanda pengeluaran global unit Honda ke-100 juta.
  • Motosikal Honda EX5 Fi edisi terhad ini akan boleh didapati dalam dua varian berbeza; roda berjejari pada harga RM5,309.54 dan roda acuan pada harga RM5,563.94 (harga asas beserta GST).


Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan bahawa mereka akan secara rasminya akan memperkenalkan sebuah motosikal Honda EX5 Fi edisi terhad bersempena dengan ulang tahun ke-30 motosikal ikonik ini pada tahun ini. Motosikal EX5 edisi terhad ini akan boleh didapati dalam dua varian yang berbeza; roda berjejari dan roda acuan.

BSH akan mengeluarkan motosikal Honda EX5 yang teramat istimewa ini bagi meraikan pengeluaran global unit yang ke-100 jutanya sejak dari permulaannya. Model motosikal Honda ini tidak syak lagi adalah salah sebuah motosikal paling berjaya di dalam negara yang menzahirkan simbol kebebasan menunggang dan juga motosikal yang paling lama berkhidmat di dalam Malaysia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sejarah motosikal EX5 di Malaysia, TEKAN SINI.

Pada tahun 1987, kelahiran motosikal EX5 ini telah melakarkan warisan yang kaya dan berpanjangan yang telah menyumbang kepada begitu banyak kepada kisah kejayaan warga Malaysia. Dilabelkan sebagai salah sebuah motosikal kapcai yang paling digemari di dalam pasaran, motosikal Honda EX5 ini kekal menjadi pilihan dengan penyesuaian dan gayanya ketika BSH meneruskan dengan pengeluaran model itu sehinggalah ke rekaannya yang terkini ini.

“BSH berasa amat berbangga dengan pengeluaran motosikal EX5 yang telah menyumbang kepada landskap pengangkutan di Malaysia sejak 1987. Motosikal EX5 melambangkan warisan 30 tahun BSH dan seterusnya, kami akan memperkenalkan motosikal EX5 Fi Edisi Terhad sebagai tanda sumbangan kami ke arah pencapaian pengeluaran 100 juta unit Siri Super Cub secara global,” Ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan, Encik Nobuhide Nagata.

Menggunakan enjin sejukan udara, satu silinder, 110cc yang senantiasa boleh diharap, motosikal Honda EX5 Fi Edisi Terhad ini dilengkapkan dengan teknologi suntikan bahanapi ‘PGM-Fi’ Honda yang menghasilkan 8.35hp pada 7,500rpm dan 8.4Nm tork maksima pada 6,000rpm

Akan terdapat dua buah model edisi terhad yang akan disediakan. Motosikal Honda Ex5 Fi Edisi Terhad dengan roda berjejari telah ditetapkan harganya pada RM5,309.54 manakala yang mempunyai roda acuan pula telah ditetapkan pada RM5,563.94 (harga asas beserta GST). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman Facebook rasmi BSH.