Jentera ADV Pertama CFMoto Jalani Ujian Sulung

Percubaan pertama CFMoto dalam menerjah ke dalam segmen motosikal ‘adventure’ tampak positif menerusi jentera yang didapati sedang menjalani ujian. Hasil kerjasama dengan KTM yang termeterai pada 2017, CFMoto bertanggungjawab menghasilkan enjin KTM di China di samping menyuntik enjin sama ke dalam jentera konsep V.02 NK. Berdasarkan kerjasama itu, difahamkan jentera ADV terbabit mengguna pakai enjin…

Covid-19: Perlumbaan Isle Of Man TT Dibatalkan

Tahun 2020 ternyata malang buat arena permotoran dunia tatkala Isle of Man TT turut mengikut langkah MotoGP dan WSBK dengan membatalkan aksi susulan penularan wabak Covid-19. Perkara itu disahkan sendiri Ketua Menteri, Howard Quayle yang mengarahkan semua pengunjung yang hadir ke pulau terbabit dikuarantinkan selama 14 hari. Isle of Man TT dijadualkan untuk berlangsung di…

Covid-19: Ducati, Ferrari, Lamborghini Dan Brembo Tutup Kilang

Pengeluar motosikal Itali, Ducati telah mengambil langkah proaktif dengan menutup sementara kilang mereka susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19. Langkah itu menyaksikan Ducati mengikut jejak pengeluar motosikal lain antaranya Aprilia, Moto Guzzi dan MV Augusta dan terkini Moto Morini dalam melaksanakan penutupan sementara bagi membendung Covid-19. Sementara itu, langkah sama turut diambil pengeluar kereta premium mewah,…

138 Kerusi Kanak-Kanak Menanti Pelanggan Bertuah Shell!

Bagi menyambut gesaan kerajaan dalam menguatkuasakan penggunaan kerusi kanak-kanak, Shell Malaysia menawarkan 138 kerusi kanak-kanak secara percuma disemua stesen minyak Shell. Penggunaan kerusi kanak-kanak dengan Child Restraint System (CRS) membantu dalam merendahkan risiko kanak-kanak mengalami kecederaan serius sepertimana yang telah ditekankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Malaysia merekodkan angka tinggi kemalangan membabitkan kanak-kanak namun menurut Institut…

“Kami Akan Berlumba Pada Januari 2021 Jika Perlu”

Demikian kenyataan dibuat Presiden FIM, Jorge Viegas selepas kalendar perlumbaan MotoGP 2020 terpaksa ditunda susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19. Aksi pembukaan di Litar Losail, Qatar menyaksikan ketiadaan kelas premier tatkala negara itu mengenakan kuarantin dua minggu bagi pengunjung luar. Thailand, Amerika Syarikat dan Argentina turut mengikut langkah dengan membatalkan aksi MotoGP dalam usaha membendung penyeraban…

Kawasaki ZX-25R: Pasaran Indonesia Terima Tempahan April Ini!

Jentera yang paling mencuri tumpuan sejak tahun lalu, Kawasaki ZX-25R akhirnya bakal menerima tempahan bermula April ini bagi pasaran Indonesia. Jentera tersebut pada awalnya dijadualkan untuk dilancarkan di Kawasaki Bike 2020 pada 4 April namun dibatalkan gara-gara Covid-19. Bagaimanapun, penerimaan tempahan tetap diteruskan dengan jentera tersebut akan ditayangkan di Kawasaki Indonesia pada tarikh sama. Pengesahan…

Ducati Multistrada V4 Jalani Ujian, Bakal Dilancarkan Tahun Ini?

Sekitar bulan Julai tahun lalu, beberapa imej memaparkan sebuah Ducati Multistrada telah menjalani ujian di Itali. Bagaimanapun, apa yang menarik jentera itu bukanlah Multistrada biasa sebaliknya telah disuntik dengan enjin V4 sepertimana yang terdapat pada Panigale dan Streetfighter V4. Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali sendiri telah mengesahkan bahawa mereka bakal memperkenalkan Ducati Multistrada V4…

JPJ Nafi Khabar Angin Cukai Jalan Akan Dinaikkan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tiada perancangan untuk menaikkan cukai jalan sepertimana yang digembar-gemburkan di media sosial baru-baru ini. Kenyataan tersebut dibuat tatkala terdapat pihak menyebarkan khabar angin tersebut. “JPJ ingin menekankan bahawa harga cukai jalan masih sama dan tiada kenaikan akan berlaku seperti yang didakwa,” jelasnya dalam satu kenyataan. Pada masa sama, JPJ menggesa orang…

UK Peruntukan RM13.4 Bilion Baik Pulih Jalan Berlubang, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan United Kingdom bercadang untuk mempertuntukkan lebih GBP2.5 bilion (RM13.4 bilion) dalam usaha baik pulih jalan berlubang di negara itu dalam tempoh lima tahun. Menurut laporan Visordown, Chancellor, Rishi Sunak berkata GBP500 juta akan disalurkan setiap tahun (untuk tempoh lima tahun) kepada pihak berkuasa tempatan untuk baik pulih jalan raya sekaligus memastikan tiada lagi jalan…