Covid-19: Perlumbaan Isle Of Man TT Dibatalkan

Advertisements

Tahun 2020 ternyata malang buat arena permotoran dunia tatkala Isle of Man TT turut mengikut langkah MotoGP dan WSBK dengan membatalkan aksi susulan penularan wabak Covid-19.

Perkara itu disahkan sendiri Ketua Menteri, Howard Quayle yang mengarahkan semua pengunjung yang hadir ke pulau terbabit dikuarantinkan selama 14 hari.

Isle of Man TT dijadualkan untuk berlangsung di antara 30 Mei hingga 13 Jun.

Acara perlumbaan tersebut semakin menjadi tumpuan dengan tahun lalu menyaksikan peningkatan 4 peratus pengunjung dengan lebih 46,000 hadir bagi menyaksikan perlumbaan terbabit.

Kajian turut mendapati kepulauan Isle of Man mengaut keuntungan hampir GBP 5 juta susulan saingan TT.

Meskipun akui bakal terkesan dengan pembatalan ini namun Quayle menegaskan kepentingan dan kesihatan orang ramai harus diutamakan.

Sementara itu, Southern 100 Racing, penganjur perlumbaan pra dan pasca TT turut menyokong penuh usaha kerajaan Isle of Man membendung Covid-19.

Ini bukan kali pertama Isle of Man dibatalkan, tatkala keputusan sama turut dibuat pada 2001 susulan kebimbangan penularan penyakit kaki, tangan dan mulut.

(SUMBER: BBC)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.