Tak Perlu Perbaharui Lesen Memandu Sewaktu PKP

Bagi membendung penularan wabak Covid-19, kerajaan mengumumkan bahawa pembaharuan lesen memandu tidak perlu dilakukan sepajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perkara itu disahkan sendiri Menteri Pengangktutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, selepas mengambil kira situasi semasa di samping kesukaran yang bakal dihadapi orang ramai sekiranya berpusu-pusu untuk memperbaharui lesen. Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk membawa…

Jangan Penting Diri- Hafizh Syahrin

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, menggesa orang ramai untuk tidak mementingkan diri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan melaksanakan PKP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang telah pun diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Meskipun PKP telah pun memasuki hari ketujuh hari ini namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang degil tatkala…

Ribuan Pemandu Dan Penunggang Cuba Menyeberangi Jambatan Pulau Pinang

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun memasuki hari keenam semalam namun masih ramai pengguna jalan raya yang ingkar terutamanya mereka yang berada di Pulau Pinang. Bagaimanapun, tindakan mereka tidak kesampaian tatkala disekat pihak berkuasa yang mengadakan sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu. Hanya segelintir yang dibenarkan melepasi sekatan susulan mempunyai…

Sayur Di Tanah Besar Lebih Segar, Antara Alasan Diterima Petugas Di Jambatan Pulau Pinang

Anggota polis dan tentera menerima pelbagai alasan ketika menahan kereta yang cuba menyeberangi jambatan Pulau Pinang ke tanah besar. Dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 pihak kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini. Ketika dalam PKP, orang ramai tidak boleh keluar dari rumah melainkan mempunyai alasan kukuh namun terdapat segelintir yang…

#MODENASPrihatin: Perangi Covid-19, Hospital Sultanah Bahiyah Terima Sumbangan

Sebagai tanda penghargaan terhadap barisan hadapan petugas kesihatan dalam membendung penularan Covid-19, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah menyumbangkan barangan elektrik kepada Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Sumbangan tersebut berupa kipas, cerek eletrik dan air mineral yang diharapkan dapat memberi kelegaan terhadap para petugas kesihatan yang berpenat lelah di samping sanggup merisikokan…

Perintah Kawalan Pergerakan: Kadar Kemalangan Menurun 50 Peratus

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, kadar kemalangan jalan raya turun lebih 50 peratus. Perkara itu disahkan sendiri Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 612 kes direkodkan pada hari ketiga PKP berbanding 1,500 kes – yang merupakan jumlah purata dalam…

Ramai Masih Ingkar, ATM Bantu Kawal Pergerakan Orang Awam Bermula Ahad

Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu, masih terdapat orang awam yang mengabaikan arahan tersebut. Terdapat beberapa perkongsian video yang dimuat naik di media sosial yang memaparkan terdapat orang awam termasuk peniaga yang tidak mengendahkan arahan. Meskipun seramai 8,600 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun dikerahkan sepertimana…

RON95 Kini Hanya RM1.44 Seliter

Bermula tengah malam ini, harga RON95 kini hanya RM1.44 seliter, sekaligus menandakan penurunan 20.9 peratus berbanding minggu lepas. Sementara itu, harga RON97 turut merekodkan penuruan mendadak dengan RM1.74 seliter berbanding RM2.10 minggu lalu. Ini merupakan kali pertama RON95 turun bawah RM1.50 sejak 2004 – yang ketika itu masih lagi RON92 – yang mencatatkan RM1.42 seliter….

Tapak Go-Kart Batu 3 Hidup Semula Dengan Pengurusan Baharu

Pada bulan Februari lalu, peminat go-kart menerima berita sedih apabila tapak go-kart Batu 3 menerima arahan penutupan daripada pemilik tanah terbabit. Bagaimanapun, orang ramai kini boleh kembali senyum tatkala tapak go-kart tersebut kini dibuka semula namun dengan pengurusan baharu, Aylezo Speedzone. Selain daripada pengurusan baharu, Aylezo Speedzone turut menawarkan beberapa ciri baharu selain dari go-kart…