Tapak Go-Kart Batu 3 Hidup Semula Dengan Pengurusan Baharu

Pada bulan Februari lalu, peminat go-kart menerima berita sedih apabila tapak go-kart Batu 3 menerima arahan penutupan daripada pemilik tanah terbabit.

Bagaimanapun, orang ramai kini boleh kembali senyum tatkala tapak go-kart tersebut kini dibuka semula namun dengan pengurusan baharu, Aylezo Speedzone.

Selain daripada pengurusan baharu, Aylezo Speedzone turut menawarkan beberapa ciri baharu selain dari go-kart dan MiniGP antaranya cadet-kart dan go-kart dengan dua tempat duduk.

Menariknya, caj yang dikenakan bagi go-kart dan MiniGP adalah sama.

Sementara itu, Aylezo Speedzone turut akan memperkenalkan program cashback termasuk pembayaran bebas tunai bagi memudahkan setiap pengunjung yang hadir.

Aylezo Speedzone telah membelanjakan lebih puluhan ribu di samping melaksanakan beberapa ujian di litar tersebut bagi memastikan tapak go-kart Batu 3 menawarkan fasiliti terbaik dan selamat untuk peminat go-kart sekitar Lembah Klang.

Aylezo Speedzone Go Kart & Mini GP Circuit sepatutnya dibuka secara rasmi hari ini namun ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kemudian susulan penularan wabak Covid-19.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.