Toyota Gazoo Racing: Pusingan Keempat Berlangsung Secara Tertutup

Sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan wabak Covid-19, UMW Toyota Motor mengumumkan bahawa pusingan keempat, TGR Festival Musim Ketiga di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 18 dan 19 April ini akan berlangsung secara tertutup. Ini sebagai sokongan terhadap gesaan kerajaan untuk membatalkan atau menunda sebarang acara yang melibatkan pengunjung yang ramai susulan Covid-19. Menurut kenyataan, hanya…

GS Trophy 2020: Trio Negara Tamatkan Saingan Di Tempat Ke-18!

Pasukan Malaysia menamatkan saingan BMW Motorrad International GS Trophy 2020 di kedudukan ke-18. Trio negara, Norizuan Abdullah, Chan Kiang Wei dan Mohd Zulfakar Mohd Alghaus – yang merupakan juara kelayakan Asia Tenggara – antara 23 pasukan yang bertanding dalam pengembaraan lebih 3,000 kilometer. GS Trophy edisi ketujuh ini yang berlangsung selama lapan hari menyaksikan pasukan…

SIC Tiada Perancangan Anjurkan Dua Kali MotoGP

Kenyataan itu disahkan sendiri Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato Razlan Razali, susulan pembatalan beberapa venue awal MotoGP musim ini ekoran wabak Covid-19. Aksi pembukaan kelas premier MotoGP di Qatar dibatalkan sebelum Thailand, Amerika Syarikat dan terbaru, GP Argentina turut mengikut langkah sama. Baru-baru ini Razlan mengemukakan persoalan adakah wajar untuk Litar Antarabangsa…

Bajaj Dominar 250 Dilancarkan Di India – 27HP, 23.5Nm!

Bagi menawarkan pilihan motosikal mampu milik kepada orang ramai, Bajaj Auto akhirnya melancarkan Dominar 250 di India. Bernadikan enjin KTM Duke 250, Dominar 250 sertai barisan jentera bersesaran 250cc lain antaranya, Yamaha R25, Honda CB250, KTM Duke 250 dan Ninja 250. Bagaimanapun, sebagai motosikal berkonsepkan ‘touring’, enjin 248cc satu silinder DOHC itu telah ditala untuk…

Lewis Hamilton Tak Puas Hati Formula 1 Diteruskan

Juara dunia Formula 1, Lewis Hamilton menyuarakan rasa terkilan tatkala Formula 1 masih berjalan seperti biasa meskipun acara sukan besar lain telah pun dibatalkan. Susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19, rata-rata acara sukan besar telah pun dibatalkan atau ditunda antaranya MotoGP dan NBA. Malah, beberapa negara turut membatalkan sebarang acara yang melibatkan lebih 1,000 pengunjung. Bagaimanapun,…

Benelli TNT135SE Datang Dengan Warna Baharu Bagi 2020

Benelli TNT135SE kini didatangkan dengna warna baharu bagi tahun 2020. Pengedar jenama Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd memperkenalkan warna Striking Green bagi motosikal segmen fun bike itu. Benelli TNT135SE didatangkan dengan enjin 135cc yang mematuhi emisi EURO 4 dan menjana 13hp pada 9,000rpm. Mengekalkan tangki 7.2 liter, TNT135SE merupakan motosikal jenis fun…

Diskaun 40 Peratus Bagi SHARK Spartan Carbon Di Modenas Powerstore!

Helmet popular bagi kalangan peminat touring, SHARK kini menawarkan diskaun 40 peratus bagi Spartan Carbon. Selain daripada penggunaan bahan gentian karbon – elemen mustahak nak nampak jahat – , SHARK Spartan Carbon ini turut menawarkan rekaan tampak garang dan sporty. Antara ciri penting ditawarkan: penggunaan bahan gentian karbon dan gentian kaca multiaxial Multi-density EPS (melindungi…

MotoGP: GP Argentina Turut Ditunda, Aksi Pembuka Tirai Dibawa Ke Jerez

  Kurang 24 jam selepas GP Amerika ditunda ke tarikh baharu, venue yang dicanang sebagai pembuka tirai, GP Argentina kini turut ditunda. Susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19, Argentina kini sertai Amerika Syarikat, Thailand dan Qatar dalam membatalkan penganjuran MotoGP. GP Argentina kini dijadualkan akan berlangsung pada 22 November sekaligus memaksa GP Valencia dianjak ke 29…

Bentley Kuala Lumpur Perkenalkan Mulsanne W.O Edition by Mulliner – RM1.8 Juta!

Bentley Motors memperkenalkan Mulsanne edisi terhad sebagai penghormatan terhadap pengasas syarikat tersebut. Mulsanne Walter Owen (W.O) Edition by Mulliner ini dihasilkan sempena meraikan 100 tahun Bentley pada 2019 dengan hanya 100 unit dihasilkan. Menariknya, setiap satu daripada unit Mulsanne W.O Edition by Mulliner ini mengandungi sebahagian daripada crankshaft kereta Bentley 8L peribadi milik W.O sendiri yang…