Covid-19: Ducati, Ferrari, Lamborghini Dan Brembo Tutup Kilang

Advertisements

Pengeluar motosikal Itali, Ducati telah mengambil langkah proaktif dengan menutup sementara kilang mereka susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19.

Langkah itu menyaksikan Ducati mengikut jejak pengeluar motosikal lain antaranya Aprilia, Moto Guzzi dan MV Augusta dan terkini Moto Morini dalam melaksanakan penutupan sementara bagi membendung Covid-19.

Sementara itu, langkah sama turut diambil pengeluar kereta premium mewah, Ferrari dan Lamborghini.

Ferrari dalam kenyataan pada Sabtu mengesahkan bahawa kilang di Maranello dan Modena akan dititup sehingga 27 Mac ini.

Ini merupakan kali pertama Ferrari berdepan situasi diperingkat pengeluaran.

Lamborghini turut membuat keputusan sama dengan menutup kilang di Sant’Agata Bolognese buat sementara waktu sehingga 25 Mac 2020.

“Langkah ini bertujuan menyambut usaha kerajaan dalam menangani masalah Covid-19,” jelas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini, Stefano Domenicali.

Pengeluar kaliper brek terkenal dunia, Brembo juga terkesan dengan impak Covid-19 di Itali yang kini telah meragut 368 nyawa dengan 24,747 kes direkodkan setakat ini.

Dalam perkembangan sama, pengeluar motosikal Austria, KTM turut menutup sementara kilang mereka dengan setiap pekerja diarahkan untuk bekerja di rumah.

Penutupan kilang KTM turut memberi kesan terhadap Husqvarna dan GASGAS.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.