Hari Kedua Ujian MotoGP Rasmi Sepang 2018 melabuhkan tirai dengan kedua-dua penunggang pasukan pengilang Yamaha mendahului gerombolan. Penunggang pasukan pengilang Ducati dan Honda menamatkan hari di kelompok belakang. Catatan masa dari tempat pertama sehingga ke-lima jauh lebih pantas berbanding catatan masa kelayakan perlumbaan tahun lalu.
Tag: Sepang International Circuit
MotoGP musim 2018 telah pun bermula dengan Ujian Musim Sejuk. Diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, para pasukan yang bertanding telah kembali semula untuk menguji jentera terbaru mereka. Dorna telah mengurangkan lagi jumlah ujian untuk tahun ini, menjadikan sesi ini bertambah pentingnya.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah membekalkan motosikal perlumbaan yang diperlukan untuk para penunggang muda yang dipilih untuk menyertai program SIC “Impian ke MotoGP”. Beberapa buah unit motosikal jalan raya Kawasaki Ninja 250 SL yang telah ditala untuk perlumbaan yang akan digunakan oleh penunggang-penunggang tersebut untuk berlatih di bawah kelolaan Zulfahmi Khairuddin. Kawasaki Malaysia dikenali…
Lima penunggang muda telah terpilih untuk program “Impian ke MotoGP”, sebuah program yang dianjurkan oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Penunggang yang berusia dari 13 hingga 15 tahun tersebut akan menjalani regimen latihan intensif yang diketuai oleh pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin. Dua penunggang terbaik akan diberikan peluang untuk bertanding di dalam siri perlumbaan FIM CEV Repsol…
Pegawai SIC telah mengumumkan bahawa Petronas tidak akan menaja Hafizh Syahrin untuk Moto2 musim 2018. Desas desus itu akhirnya telah disahkan lewat semalam tetapi SIC juga telah mengatakan bahawa penunggang berusia 23 tahun itu akan masih berlumba pada tahun 2018 bagi sebuah pasukan Moto2 SIC yang baru ditubuhkan. Petronas hanya akan menaja penunggang Moto3 pada…
Hafizh Syahrin telah diatur untuk menjadi penunggang MotoGP Malaysia yang pertama pada tahun 2019. Dia akan menyertai pasukan Petronas Sprinta Racing pada tahun hadapan, diuruskan oleh SIC (Sepang International Circuit). Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan, yakin yang Hafizh akan melakukan yang lebih baik bagi tahun hadapan.
Pusingan kedua terakhir MotoGP bagi musim 2017 di Sepang menyaksikan satu pertarungan di atas litar yang basah di mana kedua-dua penunggang Ducati, Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo meraikan kemenangan satu-dua. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) melengkapkan kedudukan podium dengan Marc Marquez menamatkan perlumbaannya di tempat ke-empat. Dovizioso dan Marquez bakal bertarung untuk…
Kita semakin menghampiri penghujung musim MotoGP 2017, dan pusingan kedua terakhir iaitu Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix sudah pasti telah memberikan keseronokan yang tidak terhingga kepada mereka yang menghadirinya. Setelah mendapat status sebagai salah sebuah litar yang paling mencabar dalam kalendar MotoGP, Litar Antarabangsa Sepang sentiasa bersedia untuk memberi cabaran tambahan dengan cuaca yang…