MotoGP mania – Sebab-Sebab Mengapa Pusingan MotoGP Malaysia Antara Yang Terbaik

Sumber imej: MotoGP

 

Kita semakin menghampiri penghujung musim MotoGP 2017, dan pusingan kedua terakhir iaitu Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix sudah pasti telah memberikan keseronokan yang tidak terhingga kepada mereka yang menghadirinya. Setelah mendapat status sebagai salah sebuah litar yang paling mencabar dalam kalendar MotoGP, Litar Antarabangsa Sepang sentiasa bersedia untuk memberi cabaran tambahan dengan cuaca yang tidak menentu.

Perlumbaan ini menjadi lebih mengujakan apabila kerap kali juara kejohanan telah ditentukan di perlumbaan ‘flyaway‘ yang terakhir ini. Sebagai contoh, pada tahun lalu, penunggang semasa bagi pasukan Monster Yamaha Tech 3, Johann Zarco, telah memenangi kejohanan Moto2 buat kali kedua di Litar Antarabangsa Sepang sebelum berpindah ke MotoGP bagi musim 2017.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, TEKAN SINI.

Di saat setibanya anda di kawasan parkir litar berkenaan, pelbagai aktiviti telah pun bermula, Shell Advance telah menganjurkan satu khidmat
penyelenggaraan ‘tunggang-lalu’ istimewa yang menakjubkan buat para pemilik motosikal. Bagi mereka yang datang bersama motosikal kesayangan masing-masing, boleh masuk, beli minyak enjin Shell Advance dan mendapat khidmat penyelenggaraan percuma (beserta penapis minyak), makanan dan minuman, kawasan parkir yang disediakan khas, dan tiket Hillstand! Satu permulaan yang hebat, bukan!

Bagi menjadikan suasana lebih menyeronokkan, Mall Area telah dilimpahi dengan pelbagai khemah dan ruangan pameran yang gergasi yang pasti
membuatkan anda rambang mata memilih aktiviti manakah yang ingin anda sertai, barangan percuma mana yang ingin anda bawa pulang, dan sudah semestinya, sesi beramah mesra bersama penunggang kegemaran anda.

Sewaktu hujung minggu yang istimewa itu, pelbagai tawaran telah disediakan buat pengunjung. Salah satu contoh terbaik adalah di khemah HJC Helmet Malaysia di mana anda boleh mendapatkan helmet-helmet premium pada harga diskaun yang menakjubkan.

Cuaca terlalu panas bagi anda? Terdapat satu lagi cara untuk anda menikmati perlumbaan tanpa ketinggalan sebarang aksi-aksinya. Khemah Red Bull adalah antara khemah yang paling ranggi (dan tersejuk) yang membolehkan anda menonton perlumbaan dalam keadaan yang selesa. Anda boleh dapatkan minuman kegemaran anda itu di sana dan menyaksikan perlumbaan di skrin gergasi yang disediakan untuk menyokong penunggang kesukaan anda!

Sebarang acara ekstravaganza motosikal tidak akan lengkap tanpa kehadiran motosikal-motosikal premium sebagai peragaan. Terdapat begitu banyak pengeluar motosikal yang mengambil bahagian yang ianya bagaikan acaranya yang tersendiri! Semestinya ia adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan sebelum memasuki kawasan grandstand.

Jenama-jenama yang mengambil bahagian dalam perlumbaan-perlumbaan ini dengan bangganya memperagakan motosikal-motosikal mereka yang istimewa yang anda hanya dapat lihat di kaca televisyen atau di atas talian internet sebelum ini. Sebagai contoh, tarikan utama astaka KTM adalah replika jentera perlumbaan mereka, iaitu KTM RC16.

Anda dapat saksikan lagi sorotan khemah KTM Malaysia dengan MENEKAN SINI.

Lebih minat jentera keluaran Jepun? Khemah Boon Siew Honda ada memperagakan jentera hebat mereka, Honda RC213V, yang dipamerkan bersama-sama motosikal replika MotoGP mereka yang ditempatkan bersama-sama dengan motosikal lumba dan jalan raya mereka yang lain. Di sana, pengunjung telah berpeluang untuk bergambar dengan jentera-jentera ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai khemah Boon Siew Honda MotoGP 2017, TEKAN SINI.

Sekiranya anda adalah antara yang bertuah yang mendapat peluang untuk melawat mana-mana kawasan paddock, anda sudah pasti dapat melihat secara dekat bagaimana pasukan-pasukan ini bertungkus-lumus menyediakan segalanya untuk perlumbaan peringkat tertinggi ini. Anda amat bertuah dapat melihat yang terbaik melakukan tugas masing-masing.

Kami amat bernasib baik diberi peluang untuk melawat IDEMITSU Honda Team Asia dan juga Team Suzuki Ecstar bagi menyaksikan aksi di sebalik tabir serta interaksi di antara penunggang dan ahli pasukan yang lain.

Ingin membelanjakan wang anda untuk barangan cenderahati istimewa? Khemah Petronas telah menyediakannya dengan persembahan hebat dari artis-artis ternama seperti Altimet. Peminat telah diberi hiburan terbaik sewaktu mereka membeli cenderahati istimewa, mendapatkan tandatangan dari wira Moto2 negara, Hafizh Syahrin, malah dapat bergambar di ‘multiple angle photo booth’.

Tetapi, yang penting sekali adalah perlumbaannya. Dengan pelbagai aksi yang dramatik, ditambah dengan cuaca yang tidak menentu, ianya merupakan perlumbaan yang amat mengujakan. Dengan Joan Mir telah berjaya menjuarai kejohanan Moto3 2017 di Phillip Island (TEKAN SINI untuk artikel berkenaan), Litar Antarabangsa Sepang menyaksikan Franco Morbidelli ditabalkan sebagai juara Moto2 (TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut), manakala “Desmo” Dovi berjaya memastikan pertarungan untuk kejohanan MotoGP berterusan dan bakal ditentukan di pusingan terakhir di Valencia nanti.

sumber imej: MotoGP

Berakhirnya pusingan MotoGP pada hujung minggu ini membuktikan sekali lagi kehebatan pusingan MotoGP di Malaysia. Dengan pelbagai aktiviti sebaik sahaja anda menjejak kaki di pintu masuknya, penuh dengan khemah-khemah para pengeluar serta penaja, sehinggalah perlumbaannya di antara litar yang paling mencabar dengan keadaan cuaca yang boleh berubah dalam sekelip mata meningkatkan lagi faktor keseronokan acara motosikal berprestij ini. Dan sekiranya anda terlepas peluang untuk hadir pada tahun ini, pastikan anda menghadirinya pada tahun-tahun yang akan datang bagi menikmati sendiri festival
perlumbaan ini.

Sumber imej: Litar Antarabangsa Sepang

Dan bagi untuk mempersiapkan diri untuk acara MotoGP Malaysia yang akan datang, apa kata anda belek artikel “11 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Berada Di Litar Sepang Semasa MotoGP” sebagai rujukan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.