Petronas TIDAK Akan Menaja Hafizh Syahrin Untuk Moto2 Musim 2018

  • Pegawai SIC telah mengumumkan bahawa Petronas tidak akan menaja Hafizh Syahrin untuk Moto2 musim 2018.
  • Desas desus itu akhirnya telah disahkan lewat semalam tetapi SIC juga telah mengatakan bahawa penunggang berusia 23 tahun itu akan masih berlumba pada tahun 2018 bagi sebuah pasukan Moto2 SIC yang baru ditubuhkan.
  • Petronas hanya akan menaja penunggang Moto3 pada musim hadapan di bawah pasukan Petronas Sprinta Racing, iaitu Adam Norrodin dan Ayamu Sasaki.

Khabar angin yang telah tersebar buat sekian lama akhirnya telah disahkan lewat malam semalam apabila Petronas mengumumkan bahawa mereka tidak akan menaja penunggang negara, Hafizh Syahrin, dalam usaha Moto2-nya bagi tahun 2018.

Sumber imej: MotoGP

Setelah membuat pengumuman rasmi bahawa Petronas akan berkerjasama dengan Litar Antarabangsa Sepang bagi menguruskan usaha negara dalam siri perlumbaan Moto2 dan juga Moto3, Petronas telah membuat keputusan yang datang dengan tiba-tiba untuk menarik diri dari membantu salah seorang daripada dua penunggang negara dalam kelas Moto2 dalam usahanya mengejar kegemilangan mutlak pada musim hadapan.

Sumber imej: GPMalaysia

Berita ini telah disahkan oleh pegawai SIC di mana mereka telah menyatakan yang Petronas akan terus menaja pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3 bersama dengan Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki. SIC bagaimana pun telah mengesahkan yang Hafizh Syahrin akan masih bersaing untuk musim 2018 di bawah SIC.

TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengumuman Petronas Sprinta Racing 2018.

Selepas empat tahun sebagai penunggang sepenuh masa dan berbilang penamat di atas podium, Petronas telah membubarkan pasukan Petronas Raceline Moto2 serta melepaskan penunggang berusia 23 tahun itu. Kami belum benar-benar pasti apakah yang telah menyebabkan keputusan itu diamil, tetapi kami berasa amat lega apabila mengetahui yang Hafizh Syahrin akan terus berlumba untuk musim 2018.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut perpisahan Hafizh Syahrin dengan Petronas, TEKAN SINI.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.