Hafizh Syahrin Bakal Menjadi Penunggang MotoGP Negara Yang Pertama!

 

  • Hafizh Syahrin telah diatur untuk menjadi penunggang MotoGP Malaysia yang pertama pada tahun 2019.
  • Dia akan menyertai pasukan Petronas Sprinta Racing pada tahun hadapan, diuruskan oleh SIC (Sepang International Circuit).
  • Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan, yakin yang Hafizh akan melakukan yang lebih baik bagi tahun hadapan.


Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berazam untuk menyediakan Hafizh Syahrin untuk langkah yang seterusnya: MotoGP.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Hafizh Syahrin telah berpisah dengan pasukan lamanya, Petronas Raceline Malaysia untuk musim Moto2 2018 (TEKAN SINI untuk laporan kami). Hafizh bakal menyertai pasukan Petronas Sprinta Racing Moto2 untuk tahun hadapan. Pasukan ini dikendalikan oleh SIC.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali telah menyuarakan hasratnya untuk mendapatkan tempat di MotoGP buat Hafizh kepada Dorna dan beberapa buah pasukan MotoGP. “Kami telah meluahkan hasrat kami kepada Dorna dan juga telah berbincang mengenai hal ini bersama dengan beberapa buah pasukan MotoGP pada minggu lalu,” kata beliau.

Datuk Razlan Razali (sumber: gpmalaysia)

Namun, slot untuk tahun 2018 telah pun diisi. “Masih terdapat tempat yang ada bagi pasukan satelit baru pada tahun 2019,” tambah Datuk Razlan.

Datuk Razlan yakin yang Hafizh akan beraksi lebih baik dengan Petronas Sprinta Racing, sebelum berpindah ke kelas premier itu.

Hakikat yang pelumba Malaysia, termasuk Hafizh, secara tradisinya beraksi hebat dalam keadaan cuaca basah telah diakui oleh Datuk Razlan, “Kami juga perlukan mereka untuk beraksi cemerlang dalam perlumbaan cuaca kering. Hafizh telah beraksi dengan baik (dalam perlumbaan cuaca yang pelbagai) di sini dan ianya sesuatu yang kami inginkan.”

Hafizh di SIC (sumber: Pescao55)

Datuk Razlan percaya yang Hafizh akan beraksi lebih cemerlang dalam musim 2018 kerana Petronas Sprinta Racing (SIC) akan membekalkannya dengan jentera dan mekanik yang lebih baik.

Sasaran buat Hafizh Syahrin adalah untuk menamatkan musim dalam kedudukan lima teratas dalam kelas Moto2 tahun hadapan. Syahrin kini menduduki tangga ke-11 pada musim ini, berbakikan satu perlumbaan. Dia telah menduduki tempat ke-9 keseluruhan bagi musim 2016.

Kesukaran sewaktu perlumbaan menyaksikan Hafizh menamatkan perlumbaan Shell Malaysia Moto2 pada hari Ahad yang lalu di tempat ke-enam, setelah memulakan perlumbaan dari petak ke-10.

Laporan ini telah didasarkan daripada pos laman Facebook Sepang Circuit. Anda boleh layari laman Facebook mereka dengan MENEKAN SINI.

Dan Petronas juga ingin menghadiahkan bekalan satu tahun minyak pelincir buat pemenang bertuah bagi peraduan mereka. Anda boleh sertai peraduan tersebut dengan melayari www.mymesra.com.my/pengejarimpian

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.