Jelajah Motonation Membawa Ribut Permotoran Ke Pulau Pinang

 

 

  • Jelajah Motonation telah menuju ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang sebagai hentian keempat mereka.
  • Jelajah ini telah menghimpun ribuan pengunjung dengan acara-acara seperti gymkhana, pertandingan auto salon, perlumbaan ‘drift’ RC, dan persembahan oleh legenda tempatan, OAG.
  • Karnival Motonation yang utama akan berlangsung dari 1 hingga 3 Disember 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya International Convention Centre – PICC).


Hentian keempat bagi Jelajah Motonation telah menuju ke “Mutiara Timur” iaitu Pulau Pinang, Malaysia. Bertujuan bagi mempromosikan acara utama besar- besaran mereka pada bulan Disember yang akan datang di Putrajaya, karnival jalanan Motonation ini telah menghimpunkan ribuan penggemar permotoran di Wilayah Utara tanahair untuk pesta ekstravaganza satu hari yang dipenuhi dengan aksi permotoran dan juga persembahan.

Diadakan di Stadium Batu Kawan, tapak karnival ini cukup sesuai untuk untuk menyaksikan hiburan berkuasa kuda tinggi, jauh dari kesesakan di tengah-tengah pulau. Dari awal pagi, kawasan sekitarnya telah dibingitkan dengan bunyi tayar dan enjin daripada aksi gymkhana yang dianjurkan di tapak itu. Dengan bantuan dan sokongan yang telah diberikan oleh Encik Bob dar BRX Racing, acara gymkhana itu telah menghimpun ramai pelawat yang teruja menyaksikan para peserta memperagakan kemahiran memandu mereka yang hebat bagi mencatatkan masa terpantas mengelilingi litar gymkhana.

Bagi mereka yang lebih mementingkan kecantikan daripada kuasa dan kemahiran memandu juga dapat menikmati hari yang menggembirakan dengan pertandingan auto salon di mana yang terbaik di antara yang terbaik daripada kenderaan yang diubahsuai dengan indah sekali hadir untuk memukau para pelawat. Dianjurkan oleh Encik Rizz dari Malaysia Auto Salon, ianya satu petanda yang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kancah auto salon di dalam negara kita telah menjadi semakin berdaya saing.

Peminat dua roda juga telah memainkan peranan yang penting dalam kemeriahan di Pulau Pinang, hasil usaha Modenas Dinamik Owners Club (MDOC). Berdozen motosikal Modenas telah berkumpul di hadapan trak Tarnsformer Motonatian yang besar itu sebagai tanda sokongan untuk jelajah ini.

Di Jelajah Motonation Pulau Pinang ini juga telah muncul sekumpulan penggemar RC (radio-controlled – kawalan radio) yang telah menghadirkan diri dan memperagakan kereta replika berskala kecil dalam satu perlumbaan ‘drift‘ yang penuh dengan pengendalian yang jitu. Persaingan ‘drift‘ yang sengit dan mengujakan ini telah dibawa oleh North Empire RC Drift (NERD).

Berlabuhnya matahari, acara menjadi lebih besar dan hingar dengan lebih banyak kereta dan motosikal yang membanjiri tapak acara berkenaan. Sama ada kereta buatan tempatan, JDM, kereta klasik, motosikal, malah basikal, ke semuanya berhimpun bersama dengan Motonation untuk mempamerkan dedikasi dan rasa sayang mereka terhadap kancah permotoran di Malaysia.

OAG sekali lagi telah menjadi tarikan hiburan yang utama di mana mereka telah mempersembahkan ke semua lagu popular mereka dengan penuh bertenaga bagi menghiburkan para hadirin. Dengan begitu banyak aktiviti sewaktu Jelajah Motonation, pasti sukar untuk membayangkan betapa hebatnya acara utama yang akan diadakan pada 1 hingga 3 Disember 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Acara utama Motonation di PICC akan menjadi kemuncak bagi seluruh pertunjukan automotif di Malaysia dengan hadiah berjumlah lebih daripada RM300,000.00 disediakan buat para pemenang yang bertuah. Pastikan anda mendapatkan tiket anda di atas talian bila tiba masanya bagi membolehkan anda berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik itu. Jangan hanya baca sahaja mengenainya, alaminya dengan sendiri pada bulan Disember ini di Motonation!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]