Selepas Suzuki disahkan akan meninggalkan saingan MotoGP hujung musim ini, pelumba sedia ada, Alex Rins dan Joan Mir tiada pilihan selain perlu mencari makan di tempat lain musim depan. Dalam laporan terbaru, Rins dilaporkan sedang berbincang dengan empat pasukan lain bagi slot 2023. Rins mengesahkan pengurusnya sedang mengadakan perbincangan bersama Aprilia, Honda, KTM dan Yamaha…
Tag: MotoGP
Selepas berminggu spekulasi dan pelbagai dakwaan timbul, akhirnya pihak Suzuki Motor Corporation buka mulut mengenai status semasa di MotoGP. Dalam kenyataan terbaru dikeluarkan hari ini, Suzuki mendedahkan pihaknya dalam perbincangan bersama Dorna untuk menamatkan penyertaan di MotoGP pada penghujung musim 2022. Menurut Suzuki, keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira faktor ekonomi di dan perubahan besar…
Kebelakangan ini timbul berita mengejutkan dari kem MotoGP apabila Suzuki didakwa akan meninggalkan kejuaraan dunia itu sebaik musim 2022 berakhir. Bukan itu sahaja, Suzuki turut dikhabarkan akan meninggalkan segala jenis perlumbaan dua roda termasuk EWC. Meskipun tiada pengumuman rasmi daripada pihak Suzuki sendiri namun tindakan berdiam diri daripada pengeluar motosikal Jepun itu secara tidak langsung…
Meskipun MotoGP baru memasuki pusingan keenam namun kejuaraan dunia motosikal itu telah pun terpalit dengan berita menggemparkan apabila Suzuki dikatakan bakal meninggalkan perlumbaan itu hujung musim ini. Beberapa laporan media antarabangsa melaporkan Suzuki telah pun memaklumkan ahli pasukan mengenai perkara itu sewaktu sesi ujian di Jerez, Isnin lalu. Walaupun senario itu belum disahkan namun keengganan…
Terdapat dua berita mengejutkan hadir dari kem MotoGP baru-baru ini bermula dengan Suzuki yang dikatakan akan meninggalkan Kejuaraan Dunia MotoGP pada penghujung musim 2022 ini. Sementara itu, pasukan kendalian Razlan Razali, RNF Racing – yang dijenamakan semula daripada Petronas Sepang Racing Team (PSRT) – dikatakan akan menjadi pasukan satelit bagi Aprilia, meninggalkan Yamaha. Suzuki Tinggalkan…
Fabio Quartararo bakal memulakan perlumbaan GP Sepanyol pada baris pertama setelah merekodkan masa kedua terpantas di belakang Francesco Bagnaia di Jerez pada Sabtu. Kedudukan itu meletakkan Quartararo berpeluang cerah untuk merekodkan kemenangan kedua musim ini setelah mendominasi GP Portugal di litar Algarve, minggu lalu. Meskipun kembali ke tahap terbaiknya setakat ini, status pelumba Monster Energy…
Pusingan kelima MotoGP di Litar Algarve menyaksikan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo kembali ke podium selaku juara buat kali pertama musim ini. Ini merupakan podium kedua buat Quartararo setelah menduduki tempat kedua sewaktu pusingan kedua di Litar Mandalika, Mac lalu. Sementara itu, tempat kedua jadi milik Johann Zarco yang meskipun pada satu ketika berada di kedudukan…
Pelumba negara, Syarifuddin Azman telah dipilih untuk menggantikan pelumba pasukan Moto3, Alberto Surra untuk dua pusinngan bermula hujung minggu ini di GP Portugal. Syarifuddin @ Damok akan mewakili pasukan Rivacold Snipers Team mengambil tempat Surra di GP Portugal dan GP Sepanyol selepas pelumba itu mengalami kecederaan serius sewaktu ujian bebas di GP Amerika Syarikat, 10…
Enea Bastianini menampilkan aksi cemerlang di GP Amerika apabila berjaya mengungguli pusingan kelima MotoGP, pada Ahad. Pelumba Gresini Racing itu juga muncul pemenang berganda pertama musim ini selepas mendominasi GP Qatar, Mac lalu. Keputusan itu juga menyaksikan Bastianini kembali mendahului kejuaraan dengan 61 mata, diikuti Alex Rins (56 mata) dan Aleix Espargaro (50 mata). Bastianini…