MotoGP: Miguel Oliveira Sertai Razlan Razali Di Aprilia, Alex Rins Ke LCR Honda?

Pelumba MotoGP, Miguel Oliveira dan Alex Rins dilaporkan sudah pun mengesahkan pasukan baharu bagi musim 2023. Menurut laporan Sky Italia, Oliveira akan meninggalkan KTM hujung musim ini dan berhijrah ke pasukan satelit baharu Aprilia kendalian Razlan Razali. Perpindah anOliveira sudah pun dijangka apatah lagi pasukan Red Bull KTM mengumumkan telah menandatangani Jack Miller dari Ducati…

Selesai Uji Yamaha M1, Razgatlioglu Akui Sukar Untuk Sesuaikan Diri

Juara dunia Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) 2021, Toprak Razgatlioglu akhirnya berpeluang merasai sendiri kemampuan jentera MotoGP Yamaha YZR-M1 di Litar Motorland Aragon. Razgatlioglu ditemani pelumba uji Yamaha dan bekas pelumba MotoGP, Cal Crutchlow  sewaktu menjalani beberapa pusingan bersama jentera tersebut. Selain itu, Razgatlioglu juga pertama kali merasai penggunaan tayar Michelin, selain ‘seamless gearbox’, kuasa lebih…

RASMI: Fabio Quartararo Kekal Dengan Yamaha Hingga 2024

Fabio Quartararo telah menandatangani kontrak dua tahun bersama Monster Energy Yamaha yang menyaksikan pertahan juara dunia itu kekal sehingga 2024. Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan segala spekulasi mengenai masa depan pelumba Perancis itu bersama Yamaha. Quartararo mempamerkan aksi mantap dan cemerlang sejak berhijrah dari pasukan satelit Petronas Yamaha SRT apabila berjaya muncul juara dunia dalam…

RASMI: Syarifuddin Azman Dapat Tiket ‘Wildcard’ Beraksi Di Moto3

Pelumba negara, Syarifuddin Azman menerima perkabaran gembira apabila disahkan bakal bersaing di Kejuaraan Dunia Moto3 yang akan berlangsung di Sepanyol, hujung minggu ini. Lebih mesra dengan panggilan Damok, dia bakal bersama-sama kru Monlau Motorsport akan beraksi di bawah kendalian pasukan Moto3 VisionTrack Racing bagi pusingan di GP Catalunya. Berita pengesahan ‘wildcard’ tersebut dimaklumkan pihak SIC…

Yamaha ‘Terkilan’ Dengan Keputusan Razlan Beralih Ke Aprilia

Prinsipal pasukan Monster Energy Yamaha, Lin Jarvis akui terkilan dengan keputusan RNF Racing apabila disahkan menjadi pasukan satelit Aprilia bermula musim 2023. Pengumuman terbaru RNF Racing dan Aprilia itu sekaligus menyaksikan kerjasama antara pasukan kendalian Datuk Razlan Razali dan Yamaha berakhir selepas empat tahun. “Kami menghormati keputusan RNF Racing, tetapi saya sedikit terkilan kerana pengumuman…

MotoGP: Bagnaia Raih Kemenangan Pertama Di Mugello, Marquez Ucap Selamat Tinggal

Francesco Bagnaia menampilkan aksi mantap di laman sendiri untuk merekodkan kemenangan pertama dalam kariernya di Litar Mugello. Pelumba Ducati itu yang bermula dipetak kelima ternyata menggunakan pengalaman yang ada untuk mudah memintas barisan pertama yang dibarisi pelumba muda. Bagnaia terus mendominasi sebahagian besar perlumbaan sebelum melintas garisan penamat sebagai pemenang diikuti tempat kedua, Fabio Quartararo….

Tiada Tempat Untuk Jack Miller Di Factory Ducati Musim 2023 – Paolo Ciabatti

Ducati sedang berdepan dengan dilema kerana perlu memilih satu daripada beberapa calon bagi mengisi slot di pasukan factory. Jorge Martin (Pramac) dan Enea Bastianini (Gresini Racing) muncul antara nama disebut-sebut akan diangkat ke skuad factory Ducati untuk digandingkan dengan Francesco Bagnaia bagi musim 2023. Ini sekaligus bermakna kedudukan Jack Miller di Ducati tidak lagi selamat….

Ducati Mahu Terus Ikat Bastianini Dan Martin – Paolo Ciabatti

Meskipun kejuaraan dunia MotoGP baru memasuki pusingan ketujuh namun pelbagai aktiviti belakang tabir sudah mula mengambil tempat. Pengumuman Suzuki untuk undur diri dari kejuaraan itu hujung musim ini telah mencetuskan pelbagai ketidaktentuan terutamanya membabitkan slot pelumba menjelang musim 2023. Ketika pasukan lain sedang mengorak langkah bagi memancing Joan Mir dan Alex Rins musim depan, Ducati…

MotoGP: Mahu Miller Kekal, Bastianini Persoal Pilihan Bagnaia

Enea Bastianini berjaya menempatkan dirinya dikalangan pencabar kejuaraan musim 2023 setelah merekodkan kemenangan ketiga musim ini di GP Perancis, pada Ahad. Kemenangan itu juga menyaksikan dirinya disebut sebagai calon yang bakal menggantikan Jack Miller – selain Jorge Martin – di pasukan ‘factory’ Ducati sekaligus bergandingan dengan Francesco Bagnaia musim depan. Bagaimanapun, Bagnaia dalam satu kenyataan…