Tak Perlu Ke PUSPAKOM Kalau Cukai Jalan Tamat Tempoh Tak Lebih 3 Tahun

Pemilik kenderaan persendirian yang memiliki kereta atau motosikal dengan cukai jalan tamat tempoh tidak lebih tiga tahun tidak perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM, berkuat kuasa hari ini. Perkara itu diumumkan sendiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam usaha mengurangkan beban ditanggungi rakyat sewaktu pandemik Covid-19. Menurut rekod, lebih 4.27 juta kenderaan memiliki…

Penjara Hingga 15 Tahun, Denda RM100,000 Jika Memandu Dalam Keadaan Mabuk Dan Sebabkan Kematian

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang memfokuskan terhadap mengenakan hukuman lebih serius terhadap pemandu yang didapati memandu dalam pengaruh alkohol atau dadah. Pindaan yang diusulkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong itu membabitkan 15 fasal utama dan menyentuh 13 Seksyen Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) telah…

Operasi Kaunter JPJ Kembali Sepenuhnya Bermula 18 Mei

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan kembali beroperasi sepenuhnya termasuk di cawangan Pos Malaysia bermula 18 Mei ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan ketika ini semua kakitangan JPJ sedang membuat persiapan untuk kembali beroperasi. Kaunter JPJ akan beroperasi dari 8 pagi hingga 4 petang (hari bekerja) dan dari 8 pagi hingga 1 tengah…

Tiada Saman Untuk Enam Bulan Pertama Bagi Yang Tiada Kerusi Kanak-Kanak

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap ibu bapa yang gagal mematuhi arahan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk tempoh enam bulan pertama. Menurut laporan The Star, pemandu hanya akan diberikan amaran dan peringatan untuk memasang kerusi kanak-kanak terbabit. Isu penggunaan kerusi kanak-kanak menjadi hangat apabila Kementerian Pengangkutan…

Haramkan Kapcai Tak Praktikal – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan bahawa tindakan untuk mengharamkan kapcai adalah tidak praktikal meskipun terdapat beberapa individu menyuarakan cadangan tersebut. “Meskipun terdapat kumpulan bukan kerajaan yang menggesa agar mengharamkan penggunaan motosikal kapcai tetapi kami perlu mengambil kira aspek praktikal kerana terdapat lebih 16 juta pengguna kapcai di Malaysia. “Ramai yang akan terkesan dengan pengharaman ini,”…

Perpindahan Pemilikan Kenderaan Kini Boleh Dilakukan Secara ‘Online’- Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa proses perpindahan pemilikan kenderaan kini boleh dijalankan secara atas talian. Pembeli dan penjual kenderaan tidak lagi perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pertukaran pemilikan. Menurut Anthony Loke, segala proses itu boleh dilakukan secara atas talian sekiranya kedua-dua pihak memiliki ID MySikap yang boleh diperolehi di…

Tiada Diskaun Bagi Bayaran Kompaun JPJ – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tiada tawaran diskaun akan diberikan terhadap kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena musim Hari Raya ini. Menurutnya, kompaun tersebut dikeluarkan terhadap kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu merah, memintas di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, potong Q, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong…

Polisi Hapuskan Kenderaan Lama Laporan Palsu – Anthony Loke

Tiada perancangan untuk memperkenalkan polisi bagi menghapuskan kereta lama di Malaysia jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Memetik akhbar The Star, baru-baru ini telah timbul laporan di akhbar tempatan – Nanyang Siang Pau – yang mengatakan kerajaan bakal melaksanakan polisi End of Life Vehicle (ELV) memasuki suku kedua 2019. Bagaimanapun, Anthony Loke berkata laporan tersebut adalah…

“Anda Boleh Berasa Marah Pada Menteri Pengangkutan” Kata YB Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkeras tidak akan memberikan diskaun bagi saman JPJ. Langkah ini adalah bagi memberi pengajaran kepada para pengguna jalan raya dan memastikan para pesalah tidak terlepas dengan hukuman yang ringan. Dia juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan menggesa mereka untuk tidak memberikan diskaun untuk kesalahan trafik.