“Anda Boleh Berasa Marah Pada Menteri Pengangkutan” Kata YB Anthony Loke

Menteri Pengangkutan Anthony Loke – Sumber: Mole.my
  • Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkeras tidak akan memberikan diskaun bagi saman JPJ.
  • Langkah ini adalah bagi memberi pengajaran kepada para pengguna jalan raya dan memastikan para pesalah tidak terlepas dengan hukuman yang ringan.
  • Dia juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan menggesa mereka untuk tidak memberikan diskaun untuk kesalahan trafik.

Ianya tampak jelas sekali bahawa Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, berazam ingin merombak semula sistem pengangkutan dan mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia.

Dan oleh kerana itu, dia sedar bahawa ada sebahagian daripada rakyat akan berasa marah dengan langkah-langkahnya itu. “Anda boleh berasa marah pada Menteri Pengangkutan jika anda mahu,” ujar YB Anthony sewaktu pelancaran Ops Bersepadu serta Kempen Keselamatan Jalan Raya 2019, bersempena dengan Tahun Baru Cina, di R&R Dengkil arah Selatan.

Menteri tersebut telah membuat kenyataan berkenaan setelah menegaskan tiada diskaun akan dipertimbangkan bagi saman untuk kesalahan trafik yang diisukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau mewajarkan keputusan tersebut sebagai satu langkah bagi mengurangkan kemalangan trafik dan dengan itu, kematian di kalangan pengguna jalan raya. Bagi beliau, sikap menunggu diskaun memberikan tanggapan yang saman ini tidak wajib dibayar, dan mengurangkan impak mendidik pengguna jalan raya akan keselamatan jalan raya.

“Kami tidak mahu pengguna jalan raya memandang remeh saman”, ujar YB Anthony.

Beliau menambah bahawa dia sedar langkah tersebut akan menimbulkan kemarahan di kalangan pengguna jalan raya dalam negara.

“Anda boleh berasa marah pada Menteri Pengangkutan, jika itu yang anda mahu. Namun, tugas saya adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dalam negara. Ianya sebahagian daripada Indeks Prestasi Utama (KPI) saya,” tambah beliau.

Beliau juga berkata yang beliau ingin bertemu dengan pihak berkuasa tempatan bagi menggesa mereka untuk tidak memberikan diskaun untuk saman trafik.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply