Aprilia Shiver 900 2019 dilancarkan! RM72,000

Didi Resources Sdn Bhd (Aprilia Official Malaysia) telah melancarkan tawaran terkini mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Aprilia Shiver 900 2019. Ini merupakan model baharu pertama yang dilancarkan oleh mereka setelah mengambil alih tugasan menjaga jenama Itali premium ini di dalam negara bertempat di The Gasket Alley, Petaling Jaya.

Model Shiver 900 merupakan model ‘naked’ berkuasa tinggi yang semestinya akan memberi peluang lebih besar dan menarik kepada para peminat jenama premium ini dengan harga pakej yang lebih mampu milik jika dibandingkan dengan model-model lain seperti superbike RSV4 dan Tuono V4 1100.

Model generasi sebelum ini iaitu Aprilia Shiver 750 mendapat tarikan ramai dimana terdapat banyak pemilik di dalam negara. Sebagai model yang menarik dan senang dijaga, tidak terkejut jika jualan Aprilia Shiver 900 2019 ini akan laku di kalangan peminat jenama Aprilia dan juga ‘naked bike’ di Malaysia.

Dari segi kuasa, model Shiver 900 mempunyai enjin 896cc V-twin 90-darjah DOHC dengan sistem penyejukan cecair berjaya menghasilkan 95.2hp pada 8,750rpm dan 90Nm tork maksimum pasa 6,000rpm. Sistem ekzos baharu juga menolong memberi sebuah pakej enjin yang lebih lancar dan berkuasa.

Spesifikasi menarik yang terdapat pada model Shiver 900 ini adalah:

  • Sistem pendikit elektronik Ride-by-Wire (rbw) throttle
  • Pilihan mod menunggang Sport, Touring dan Rain
  • Fork depan USD 41mm (fully-adjustable)
  • Pakej brek berkembar 320mm ‘semi-floating’ depan & brek belakang 240mm
  • Marelli 7SM ECU (sama seperti model RSV4 dan Tuono 1100 V4)
  • Kawalan ‘traction control’
  • Dual-channel ABS
  • Skrin TFT 4.3-inci TFT screen dengan sistem multimedia Aprilia MIA untuk sambungan telefon, muzik dan navigasi.
  • Reka bentuk tangki minyak 15-liter, ekor dan mudguard baharu
  • Pilihan warna Challenging Red dan Innovation Dark

Didi Resources Sdn Bhd akan menawarkan model Aprilia Shiver 900 2019 pada harga RM72,000 (harga atas jalan tanpa insurans). Untuk maklumat lanjut, kunjungi The Gasket Alley Petaling Jaya, Welly World Cycle Sungai Buloh dan Sheng Fatt Sdn Bhd Penang atau layari laman Facebook Aprilia Official Malaysia.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.