Boon Siew Honda Sasar Jadi Jenama Paling Laris bagi Tahun 2019

  • Boon Siew Honda ingin menjadi jenama paling laris di Malaysia bagi tahun 2019.
  • BSH telah menjual hampir 156,000 buah motosikal pada tahun 2018.
  • Dengan itu, mereka telah memegang 30% saham pasaran.

Boon Siew Honda (BSH) mensasarkan untuk meletakkan jenama Honda di kedudukan teratas bagi tahun 2019.

BSH yakin dapat mencapai matlamat ini dengan menetapkan tanda aras dalam setiap segmen motosikal melalui rangkaian model dan kedudukan jenama mereka.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Keiichi Yasuda mengatakan bahawa keyakinan mereka dimangkin oleh prestasi syarikat mereka pada tahun 2018. Pengedar rasmi motosikal Honda di Malaysia tersebut telah menjual hampir 156,000 buah motosikal pada tahun lalu. Ia menandakan peningkatan sebanyak 28.7% yang menakjubkan daripada 121,000 unit pada tahun 2017.

Prestasi pada tahun 2018 itu telah melonjak BSH dalam tangga pegangan pasaran. BSH telah memegang 26% daripada saham pasaran pada tahun 2017. Peningkatan ini bermakna mereka memegang 30% saham pasaran pada tahun 2018.

Strategi BSH bagi tahun 2019 adalah untuk mengembangkan rangkaian model mereka bagi memenuhi keperluan dan kemahuan yang berbeza. Model-model berkenaan akan dikategorikan dalam empat kumpulan yang berlainan, iaitu ‘Cub’, ‘Automatic Transmission’, ‘Fun Bike’,serta ‘Big Bike’. BSH menyasarkan untuk memperkenalkan 12 model baharu untuk tahun 2019, di samping 3 pengemaskinian dari tahun 2018.

Model Honda RS150R dalam kemasan warna Pearl Magellanic Black

Syarikat ini juga dalam usaha membangunkan lebih banyak bilik pameran Honda Big Wing dan Honda Impian, menurut Encik Yasuda.

Berkenaan dengan model paling popularnya, BSH mendedahkan bahawa 43,948 unit motosikal RS150R dan 36,895 unit motosikal Wave Alpha telah dijual pada tahun 2018.

Berkenaan dengan jumlah jualan bagi setiap wilayah pula, Wilayah Tengah telah menjual 55,263 unit (35.4%), manakala Wilayah Utara pula menambah sejumlah 40,903 unit (26.2%).

Encik Yasuda mengakhiri ucapannya dengan berikrar untuk menambahbaik perkhidmatan selepas jualan, menambah lagi tunggangan keselamatan, membangunkan lebih ramai penunggang tempatan dalam sukan permotoran, meningkatkan jaringan pengedar mereka, dan menumpukan perhatian terhadap penambahanbaikan jenama.

Encik Yasuda telah mendedahkan pencapaian di atas dan rancangan mereka sewaktu pelancaran model Super Cub C125, CB1100RS, dan CBR1000RR Fireblade SP.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.