Program ‘BMW Product Genius’ diperkenalkan

BMW Malaysia telah memperkenalkan Program Pakar Produk BMW (BMW Product Genius Programme) buat julung kalinya di Malaysia, dengan tujuh pakar terlatih dan ditempatkan di tiga premis pengedaran di sekitar kawasan Lembah Klang.

Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, “Biasanya, lawatan ke pusat pengedaran kereta boleh menjadi sebuah pengalaman yang menggetirkan kerana pelanggan mungkin berasa terdesak untuk membuat pembelian tanpa merasa selesa dengan produk yang mereka mahu. Kerana itu, BMW Product Genius akan membantu pelanggan membuat pembelian tanpa sebarang tekanan. Daripada interaksi peribadi yang dijalin, kami mahu para pelanggan merasakan ‘Pengalaman Pemilikan BMW’ yang tiada bandingan dari peringkat yang paling awal.”

BMW Product Genius telahpun melalui sebuah proses pemilihan yang teliti dan mereka dilatih menerusi pusat pengedaran terpilih di bawah penyeliaan BMW Malaysia sebelum mereka layak digelar sebagai pakar jenama dan produk BMW. Peranan mereka sebagai seorang Penasihat Jualan adalah memberi tumpuan dalam membantu pelanggan untuk pelbagai aspek yang melibatkan portfolio kenderaan BMW, bermula dari penganalisaan, persembahan produk sehingga ke penawaran khidmat pandu uji.

“BMW Product Genius juga dibekalkan dengan kemahiran untuk menjelas dan mendemonstrasi kegunaan setiap ciri dan fungsi kenderaan BMW, dan menawarkan maklumat yang dikehendaki terhadap manfaat sesebuah produk yang sesuai untuk keperluan spesifik pengguna. BMW Product Genius juga berperanan sebagai perunding pelanggan yang neutral, duta bagi jenama BMW, serta wakil yang berpengetahuan dalam premis pengedaran tersebut,” jelas Hoelzl.

Menerusi program perintis yang diperkenalkan pada tahun lepas, pasukan pertama BMW Product Genius telah dilatih dan ditempatkan pada awal bulan Disember di tiga pusat pengedaran yang terletak di Lembah Klang: Auto Bavaria Kuala Lumpur, Auto Bavaria Glenmarie, dan Ingress Auto Damansara.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bmw.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply