Haramkan Kapcai Tak Praktikal – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan bahawa tindakan untuk mengharamkan kapcai adalah tidak praktikal meskipun terdapat beberapa individu menyuarakan cadangan tersebut.

“Meskipun terdapat kumpulan bukan kerajaan yang menggesa agar mengharamkan penggunaan motosikal kapcai tetapi kami perlu mengambil kira aspek praktikal kerana terdapat lebih 16 juta pengguna kapcai di Malaysia.

“Ramai yang akan terkesan dengan pengharaman ini,” jelasnya menurut laporan The Star.

Meskipun ketika ini kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan motosikal elektrik namun isu mengharamkan kapcai tidak pernah timbul.

Dia turut menegaskan pihak kerajaan turut tidak akan mempertimbangkan untuk mengharamkan kapcai di lebuhraya.

Sebaliknya, dibawah rancangan Malaysia Ke-12, kerajaan akan mewujudkan laluan motosikal di beberapa kawasan yang dikenal pasti memerlukan laluan khas.

Baru-baru ini, aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin, menggesa kerajaan untuk mengharamkan penggunaan kapcai di Malaysia dan sebaliknya beralih kepada penggunaan motosikal berkuasa elektrik yang hanya mampu merekodkan kelajuan 70km/j.

Terdahulu pada 2017, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor pernah mencadangkan untuk mengharamkan kapcai di sekitar Kuala Lumpur bagaimanapun tindakan tersebut mendapat kecaman hebat.

(SUMBER: The Star)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply