Tiada Paksaan Beralih Ke Lesen Memandu Digital – Anthony Loke

“Kami akan menilai perkara ini dalam tempoh enam hingga 12 bulan dan dari situ barulah kami akan membuat keputusan sama ada akan beralih ke digital sepenuhnya,” demikian kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkenaan dengan cadangan memansuhkan lesen memandu fizikal dan digantikan dengan lesen digital.  Jelas Loke, kerajaan tidak boleh memaksa orang ramai untuk…

Anthony Loke Naik LRT Waktu Puncak, Rasai Sendiri Kepayahan Rakyat

Baru beberapa hari dilantik Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke terus bergegas menjalankan tugas apabila merasai sendiri kepayahan ditanggung rakyat yang menaiki LRT pada waktu puncak. Anthony Loke dalam satu perkongsian di Facebook, telah menaiki LRT Laluan Kelana Jaya pada jam 5 hingga 7 petang. Menariknya, beliau menaiki LRT tersebut secara sendiri dan bukannya sebagai acara…

Jawatan Menteri Pengangkutan Kembali Ke Pangkuan Anthony Loke

YB Anthony Loke, kembali menerajui Kementerian Pengangkutan setelah namanya tersenarai dalam kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat. Ini bermakna, jawatan tersebut kembali ke pangkuan Loke yang pernah memegang portfolio sama selepas Pilihanraya Umum Ke-14 pada 2018. Pelantikan Loke sebagai Menteri Pengangkutan turut disambut baik di laman sosial yang rata-rata…

Wajib ABS Pada Motosikal 150cc Ke Atas Akan Dikuat Kuasa

Kerajaan Malaysia sedang pertimbang cadangan mewajibkan fungsi Anti-lock Braking System (ABS) pada motosikal 150cc ke atas. Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong. Menurut beliau, penguatkuasaan sistem ABS itu akan diperincikan sebaik pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) selesai membuat kajian. MIROS telah diberikan tempoh enam bulan bagi menyempurnakan kajian…

‘E-Scooter’ Jadi Trend, Kerajaan Bakal Perkenal Lesen Untuk Pengguna

Kerajaan bakal putuskan peraturan baharu berkait dengan penggunaan skuter elektrik atau e-skuter. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, peraturan baharu itu termasuk pelaksanaan lesen terhadap pengguna dan pembekal kenderaan terbabit. “Tidak lama lagi, kita akan keluarkan kaedah atau undang-undang kecil untuk dipatuhi, (contohnya) untuk kelajuan tertentu, mereka perlu mempunyai lesen,” jelas Wee…

JPJ Tawar Diskaun 70 Peratus Bayaran Kompaun Hingga 13 Jun Ini

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkn bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menawarkan diskaun 70 peratus bayaran kompaun. Diskaun tersebut ditawarkan bermula 13 April hingga 13 Jun 2021 kepada 3.5 juta kompaun yang telah pun dikeluarkan setakat ini. Menurut Wee Ka Siong, diskaun tersebut akan memberi peluang kepada pengguna jalan raya yang…

Tiada Lagi Surat ‘Cinta’ Dari Pihak Berkuasa Berhubung Ekzos Bising

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap pemilik motosikal ekzos bising. Sebaliknya, pemilik akan diberi tindakan advokasi menerusi Notis 114 yang memerlukan pemilik motosikal untuk tampil memberi keterangan di sebarang cawangan JPJ terdekat bagi membantu siasatan. Wee mendedahkan bahawa keputusan itu dicapai…

Perlu Ada Perundangan Khas Untuk Rakaman ‘Dashcam’ – Wee Ka Siong

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, mahukan kajian terperinci dijalankan melibatkan rakaman video ‘dashcam’ bagi kelancaran proses tuntutan , perundangan jenayah atau sivil di mahkamah. ‘Dashcam’ menjadi medium penting bagi semua pengguna jalan raya di Malaysia terutamanya bagi memberi gambaran jelas sebarang insiden yang berlaku. Dr Wee Ka Siong turut bersetuju sebarang penggunaan…

Wajarkah Kenderaan Elektrik Mudah Alih Dibenarkan Guna Jalan Raya Awam?

Baru-baru ini tular rakaman video yang memaparkan seorang individu lelaki bergerak di jalan raya awam menggunakan sebuah unicycle elektrik. Rakaman video tersebut turut mencuri tumpuan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang memuat naik video itu di laman Facebook miliknya. Beliau turut meluahkan kebimbangan terhadap penggunaan kenderaan mikromobiliti ini di jalan raya awam…