Tiada Saman Untuk Enam Bulan Pertama Bagi Yang Tiada Kerusi Kanak-Kanak

Gambar hiasan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tidak mengenakan tindakan saman terhadap ibu bapa yang gagal mematuhi arahan penggunaan kerusi kanak-kanak untuk tempoh enam bulan pertama.

Menurut laporan The Star, pemandu hanya akan diberikan amaran dan peringatan untuk memasang kerusi kanak-kanak terbabit.

Isu penggunaan kerusi kanak-kanak menjadi hangat apabila Kementerian Pengangkutan mewajibkan penggunaan alat tersebut setelah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya mendapati hanya 30 peratus pemandu yang menggunakan kerusi terbabit.

Bagaimanapun, bagi menggalakan penggunaan kerusi kanak-kanak tersebut, tiada duti import akan dikenakan sementara duti eksais akan dikurangkan kepada 5 peratus.