Tiada Diskaun Bagi Bayaran Kompaun JPJ – Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tiada tawaran diskaun akan diberikan terhadap kompaun yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena musim Hari Raya ini.

Menurutnya, kompaun tersebut dikeluarkan terhadap kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu merah, memintas di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, potong Q, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong kecemasan.

Loke berkata, tindakan tegas ini perlu diambil agar orang ramai sedar tentang kepentingan keselamatan di jalan raya.

“Kami tidak berniat untuk menyusahkan orang ramai tetapi kami perlu memaklumkan kepada orang ramai bahawa pentingnya memastikan keselamatan jalan raya di samping dapat mengurangkan kemalangan maut.

“Jika anda lihat pada statistik kemalangan, kebanyakannya berpunca daripada kecuaian. Kami mahu mendidik orang ramai tentang pentingnya mematuhi undang-undang jalan raya,” jelasnya.

Tahun lalu, sebanyak 548,598 kemalangan dilaporkan tetapi bagi tempoh tiga bulan tahun ini sahaja, sebanyak 133,912 kemalangan telah pun direkodkan dengan 1,483 kematian.

Sementara itu, Loke turut menggesa pihak polis dan JPJ meningkatkan lagi penguatkuasaan di kawasan bandar, dan luar benda terutamanya menjelang Hari Raya.

“Saya berharap fokus utama akan diberikan terhadap penunggang motosikal kerana mereka paling terdedah dengan bahaya – 64 peratus kemalangan maut melibatkan motosikal,” tambahnya.

(SUMBER: The Star)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.