Perpindahan Pemilikan Kenderaan Kini Boleh Dilakukan Secara ‘Online’- Anthony Loke

Advertisements

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa proses perpindahan pemilikan kenderaan kini boleh dijalankan secara atas talian.

Pembeli dan penjual kenderaan tidak lagi perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pertukaran pemilikan.

Menurut Anthony Loke, segala proses itu boleh dilakukan secara atas talian sekiranya kedua-dua pihak memiliki ID MySikap yang boleh diperolehi di pejabat JPJ.

Sementara itu, bagi mereka yang belum memiliki ID MySikap, pembeli dan penjual boleh mendaftarkan diri secara berasingan dalam tempoh tujuh hari selepas permohonan pertukaran pemilik dibuat.

Sebelum ini, kedua-dua pihak – pembeli dan penjual – perlu hadir pada masa sama di pejabat JPJ bagi melakukan perpindahan pemilikan kenderaan.

Senario itu dianggap terlalu leceh tatkala pembeli dan penjual terpaksa mencari waktu lapang yang sama agar proses tersebut dapat dilaksanakan.

(SUMBER: The Sun)