BMW Malaysia Perkenal Kad BMW Elite M Bagi Pemilik BMW M Performance

BMW Malaysia memperkenalkan Kad BMW Elite M khas bagi pemilik kenderaan BMW M Performance.

Kad BMW Elite M ini meneruskan kesinambungan daripada Kad BMW Prievileges Elite namun menawarkan pelbagai ganjaran menarik bagi pelanggan BMW M Performance.

Antara manfaat kepada pemegang kad BMW Elite M:

  •  menikmati acara BMW M Track Day di dalam dan luar negara
  •  diskaun tambahan bagi acara BMW Driver Training serta barangan ramsi daripada BMW Lifestyle
  •  diberi keutamaan ketika servis di semua pusat servis BMW M serta pengedar rasmi BMW M
  •  diskaun istimewa bagi pelanggan setia BMW M

Selain itu, pemilik BMW M juga diberi akses menyeluruh kepada semua tawaran yang sebelum ini hanya dinikmati pemegang kad BMW Privileges antaranya:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun / 24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan oleh BMW serta Hotline Kemalangan
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – ‘BMW White Card’ dan program keahlian ‘BMW Excellence Club’
  • Servis Dalam Talian BMW
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply