Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki tahunan mereka. Diadakan di tol plaza Sungai Besi, kempen ini memasuki tahun ke-empatnya dan berfokus kepada mempertingkatkan keselamatan jalan raya secara keseluruhan bagi para penunggang motosikal. Pemeriksaan keselamatan motosikal 16 bahagian percuma telah dijalankan buat semua motosikal tanpa mengira model mahu pun jenama.
Tag: Kawasaki Motors Malaysia
Lapan orang ahli kelab komuniti motosikal “Kawasaki Versys-X 250 Community” (VEXCOM) telah memulakan perjalanan menuju ke Selatan Thailand. Perjalanan ini telah dianjurkan bagi mempamerkan kebolehan ‘off-road’ motosikal tahap permulaan Kawasaki tersebut. Perjalanan satu minggu itu juga bertujuan untuk menarik minat lebih ramai penunggang, penggemar, dan juga orang ramai untuk memiliki jentera mereka sendiri dan menyertai…
Kawasaki Motors (Malaysia) telah menambah satu lagi cawangan Kawasaki GT World Ninja Shop. Fasiliti yang terbaru itu diuruskan oleh SC Premium Bikes Sdn. Bhd. dan terletak di Bandar Sunway. Cawangan ini juga dilengkapi dengan Pusat Perkhidmatan Eksklusif Kawasaki. (Kawasaki Exclusive Service Centre).
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan acara Kawasaki Track Day 2018 pada hari Ahad (6 Mei 2018) yang lalu. Kira-kira 100 orang pemilik Kawasaki telah menyertai acara hari litar yang menyeronokkan ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Juara ARRC 2017, Azlan Shah Kamaruzaman juga turut serta dalam acara ini bagi menguji jentera Ninja ZX-10R milik…
Pilihan warna yang baru bagi motosikal Kawasaki Z900 ABS 2018 kini sudah sedia untuk tempahan. Skema warna Metallic Green Black akan mula tersedia dari 16 April 2018 bersama dengan tiga pilihan skema warna yang sedia ada. Motosikal Z900 standard berharga RM49,158, manakala bagi varian Special Edition pula telah ditetapkan pada harga RM50,959 (harga asas beserta…
Kawasaki Z900RS 2018 telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Februari lalu, sebagai penghormatan bagi motosikal original tahun 1970-an, Kawasaki Z1, atau dikenali sebagai “Zephyr”. Asas utama agak mirip dengan Kawasaki Z900 ABS 2017, tetapi dengan pelbagai ‘kemaskini’ bermula dari casis, ke suspensi, brek, dan bermacam-macam lagi. Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menetapkan harganya pada RM67,900…
Blogger Indonesia, Stephen Langitan, sedang dalam satu tunggangan solo dari Jakarta ke London Dia melakukan perjalanan tersebut dengan mengemudi sebuah motosikal kembara ringan, Kawasaki Versys-X 250. Dia telah mengunjungi Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk satu sesi suai kenal.
Azlan Shah telah membawa pulang sebuah motosikal Kawasaki KX450F serba baru pada hari ini untuk kegunaan latihannya bagi tahun 2018. Juara ARRC (Asia Road Racing Championship) 2017 itu akan mempertahankan takhtanya pada musim ini. Motosikal Kawasaki KX450F ini cukup sesuai bagi mana-mana penunggang yang memperbaiki tahap kecergasan, ketahanan dan ketangkasan mereka.