SC Premium Bikes Lancarkan Inisiatif Tabung Harapan Malaysia

  • SC Premium Bikes Sdn Bhd (SCPB) telah melancarkan sebuah inisiatif yang mengujakan untuk Tabung Harapan Malaysia.
  • Inisiatif ini telah dianjurkan bersempena dengan pelancaran rasmi bilik pameran terkini mereka, Kawasaki GT World Ninja yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
  • Bilik pameran serta pusat perkhidmatan Kawasaki GT World Ninja baharu SC Premium Bikes akan dilancarkan secara rasmi pada 6 September 2018.

Bersempena dengan pembukaan bilik pameran dan pusat perkhidmatan Kawasaki GT World Ninja baharu milik SC Premium Bikes Sdn Bhd (SCPB) di Bandar Sunway, SCPB telah melancarkan inisiatif Tabung Harapan Malaysia bagi meringankan beban kewangan negara.

Pelancaran rasmi yang akan mengambil tempat pada 6 September 2018 yang akan datang, bakal mengutip dan mengumpul dana bagi Tabung Harapan Malaysia bermula sekarang sehingga hari pelancaran rasmi berkenaan. Sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang berbakti untuk negara, kempen selama sebulan ini akan berjalan seperti berikut:

  • Sumbangan RM400 bagi setiap jualan model CBU Kawasaki.
  • Sumbangan RM200 bagi setiap jualan model CKD Kawasaki.
  • Sumbangan harian sebanyak 10% bagi ke semua upah kerja.
  • Sumbangan sebanyak 5% bagi setiap jualan alat ganti, aksesori, dan juga barangan jenama Kawasaki.

SCPB juga amat mengalu-alukan sumbangan peribadi daripada para pelanggan, rakan, pembekal dan juga rakan kongsi niaga, yang mana, ke semua sumbangan tersebut akan direkod dengan jelas pada carta progres yang boleh dilihat oleh semua.

Bagi merekodkan ke semua sumbangan dan juga derma yang diberikan satu “Carta Derma Harian” akan dihasilkan untuk tujuan rekod rasmi bagi memastikan yang keseluruhan jumlah tersebut disumbangkan ke Tabung Harapan Malaysia. Bagi memastikan yang semuanya telus dan saksama, minimum seorang wakil pemerhati bebas akan mengira dan mengaudit keseluruhan jumlah secara harian.

Jumlah akhir kutipan akan diberikan kepada wakil rasmi Tabung Harapan Malaysia pada 6 September 2018, sewaktu majlis pelancaran rasmi bilik pameran Kawasaki GT World Ninja SC Premium Bikes Sdn. Bhd.

Para pemilik motosikal dialu-alukan untuk menderma dan menghadiri majlis pelancaran rasminya yang akan dilangsungkan pada 6 September 2018, 1, Jalan PJS 7/13, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor. Jumpa anda di sana!

Kawasaki Ninja 250 2018 Dilancarkan Secara Rasmi di AOS 2018 – RM23,000

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]