BMW S 1000 RR Terpantas Dunia – 381km/j!

  • Motosikal BMW S 1000 RR terpantas di dunia telah mencatatkan rekod kelajuan terbaru dunia di acara “Cook’s Top Oil Land Speed Shootout: di Bolivia pada bulan lepas.
  • Dengan gelaran “The World’s Fastest BMW Motorcycle”, motosikal separa ‘streamline’ tersebut telah dibina oleh Hunter Sills Racing.
  • Mereka berjaya merekodkan rekod dunia rasmi yang baharu pada kelajuan 229bs/j (369km/j),namun kelajuan tertinggi yang telah mereka capai adalah 237bs/j (381km/j).

Motosikal BMW S 1000 RR dianggap ramai sebagai salah sebuah motosikal superbike terbaik dalam kelasnya. Dengan ikutan yang ramai di seluruh dunia, jentera keluaran negara Jerman itu mampu memecut dengan amat pantas pada garisan lurus dan menangani selekoh dengan amat lancar sekali. Kini, ada salah sebuah daripada motosikal hebat ini yang telah merangkul gelaran yang amat mengagumkan; “Motosikal BMW Terpantas Dunia”.

Pasukan Hunter Sills Racing (HSR), dengan kerjasama Top 1 Oils, dan juga San Diego BMW Motorcycles dari Amerika Syarikat telah berjaya melakarkan satu lagi rekod kelajuan dunia yang baru. Terkini adalah sewaktu acara “Cook’s Top Oil Land Speed Shootout” yang telah diadakan beberapa minggu yang lalu di Pamah Garam Uyuni di Bolivia, di mana mereka mempertandingkan jentera BMW S 1000 RR mereka dalam kelas separa ‘streamline’.

Pasukan HSR bersama dengan jentera BMW S 1000 RR mereka telah mencatatkan rekod dunia FIM baharu apabila mereka mencatatkan kelajuan 229.266bs/j, atau 369km/j sebagai catatan masa rasmi mereka. Catatan ini sedikit rendah daripada kelajuan paling tinggi yang pernah penunggang mereka, Erin Sills, catatkan sewaktu percubaan pertamanya, iaitu 237 bs/j (381km/j), namun untuk mengesahkan catatan masa tersebut, mereka perlu mencatat kelajuan yang sama semasa percubaan kedua dalam masa yang ditetapkan.

Pasukan tersebut bagaimana pun telah berhadapan dengan pelbagai masalah seperti kepincangan sistem elektrikal nitrus hinggalah enjin yang meletup dalam cubaan rekod dunia yang baharu tersebut. Masalah elektrikal menjejaskan cubaan kedua mereka dan mereka perlu mengulangi semula keseluruhan proses berkenaan. Mereka berjaya memperbaiki motosikal BMW S 1000 RR itu dan melakukan cubaan tambahan pada kelajuan 229bs/j (369km/j), yang mana adalah rekod dunia baharu dalam kategori motosikal separa ‘streamline’ empat silinder tanpa bantuan cas turbo atau lampau, 1000cc.

Pasukan Hunter Sills Racing adalah pasukan yang sering kali hadir sewaktu acara rekod kelajuan darat dunia dan apa yang pasti, mereka pasti akan kembali untuk mencapai satu tahap yang baharu dengan motosikal pemegang rekod mereka, BMW S 1000 RR, “Motosikal BMW Terpantas Dunia”.

Sumber imej: Hunter Sills Racing

BMW S 1000 RR 2019 Akan Datang Dengan Teknologi MotoGP?

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.