VW Membayangkan Yang Mereka Akan Menjual Ducati (Sekali Lagi)?

  • Setelah mengumumkan yang mereka tidak akan menjual Ducati pada bulan April, Ketua Pegawai Eksekutif VW Group telah memberi bayangan akan kemungkinan yang mereka sekali lagi akan cuba menjual Ducati.
  • Volkswagen Group sedang berusaha untuk menampung kembali kerugian yang telah mereka alami akibat skandal Dieselgate yang telah terjadi pada tahun 2015.
  • Pengumuman ini juga bermakna yang Ducati mungkin akan meluaskan sayap mereka dalam kategori mahu pun kapasiti enjin yang lain.

Volkswagen Group (VW) telah memulakan beberapa desas-desus sebelum ini apabila mereka mengumumkan kemungkinan yang mereka akan menjual jenama Ducati bagi menampung kerugian yang mereka alami akibat skandal “Dieselgate” pada tahun 2015 yang lalu.

Skandal ini terdedah apabila VW didapati menipu dalam ujian emisi enjin di Amerika Syarikat dan Eropah. Pendedahan ini telah mengakibatkan konglomerat ini kerugian berbillion Euro, menyebabkan mereka membuat perancangan untuk mencairkan sebahagian aset mereka, antaranya adalah Ducati yang tidak dianggap sebagai perusahaan teras mereka.

Syarikat lain dengan pantas cuba merebut peluang ini, antara pesaing utama adalah Harley-Davidson dan Bajaj Auto Limited, yang telah bersedia untuk menghadapi perang bidaan.

Bagaimana pun, VW kemudiannya telah mengumumkan pada bulan April 2018 yang jenama Itali itu ‘bukan untuk jualan’, melenyapkan segala spekulasi.

Ducati Akan Dijual SEKALI LAGI?

Namun, pada minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen AG, Herbert Diess, sekali lagi telah meniup angin desas desus sewaktu satu temubual bersama Bloomberg TV. Menurut Herbert, VW akan sama ada memperluaskan lagi, atau menjual perusahaan motosikal mereka, dan berkata, “Sama ada kami cari cara untuk memperluaskan lagi Ducati, atau, kami perlu carikannya pemilik yang baharu.”

Tetapi, mengapa perlu mereka jual jenama yang menguntungkan mereka? Ducati adalah entiti kedua paling menguntungkan dalam VW Group – di belakang Porsche, dan jauh di hadapan jenama Bentley, Audi, Seat, dan Skoda. Malah, Ducati telah meraih keuntungan sebanyak 9.5%, berbanding 8.2% bagi separuh pertama tahun ini.

Kami bukannya pakar kewangan, tetapi, sekiranya sesuatu perusahaan itu menguntungkan, sudah pasti kami tidak akan melepaskannya!

Audi telah mengeluarkan satu kenyataan pada hari Jumaat yang lalu, “Struktur baharu Volkswagen Group ini bertujuan untuk membangunkan perspektif masa hadapan yang mapan buat perusahaan bukan teras – secara tenang dan juga teliti. Ini mungkin juga strategi perluasan dan juga pembangunan, tetapi penyahlaburan juga satu kemungkinan.”

Perhatikan perkataan ‘perluasan’ yang sering kali digunakan mereka. Adakah mereka akan motosikal Ducati dengan kapasiti yang lebih kecil, seperti mana yang telah dilakukan oleh BMW dengan rangkaian G mereka, dan seperti yang telah diumumkan oleh Harley-Davidson pada minggu lalu? Bayangkan, rangkaian baharu motosikal Panigale 250cc, atau Monster bagi pasaran India dan Asia Tenggara. Mereka juga mungkin memasuki pasaran elektrik, dengan kebanyakan negara mula menerapkan peraturan kenderaan elektrik sahaja dalam masa 10 ke 15 tahun yang akan datang.

Adakah Ini Skuter Ducati Terbaru?

Walau apa pun jua keputusan VW nanti, kami harap yang mereka dapat mencapainya dan berpegang teguh pada keputusan tersebut.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.