Adakah Ini Skuter Ducati Terbaru?

  • Sebuah video YouTube terbaru yang telah dimuatnaik oleh Mich Motorcycle mengatakan bahawa sebuah skuter Ducati yang baru mungkin akan dilancarkan pada penghujung tahun 2018.
  • Imej yang telah dihasilkan itu telah mempamerkan satu kemungkinan sebuah skuter Ducati yang diterapkan dengan pengayaan Multistrada.
  • Ducati pernah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan sebuah skuter dan motosikal elektrik menjelang tahun 2020.

Telah terdapat pelbagai khabar angin berkenaan satu kemungkinan munculnya sebuah skuter Ducati yang serba baru. Dalam sebuah video YouTube yang telah dimuatnaik oleh Mich Motorcycle telah menunjukkan satu petanda yang merupakan satu kenyataan yang berani yang berbunyi “Ducati akan melancarkan dan mengeluarkan model 500cc, 600cc di Itali pada hujung tahun 2018”.

Berdasarkan video berkenaan, motosikal ini tidak seperti mana-mana model Ducati yang pernah kita lihat sebelum ini. Daripada gaya yang boleh kita dari video tersebut, ianya kelihatan seakan sebuah skuter maxi berbanding motosikal superbike, touring, atau jentera berorientasikan perlumbaan yang sering mereka keluarkan. Dan jika dilihat pada tarikhnya, skuter Ducati terbaru ini mungkin sekali akan membuat kemunculannya di pertunjukan motosikal EICMA 2019 di Milan, Itali.

Ianya sesuatu yang telah dijangkakan dari pengeluar dari Borgo Panigale ini memandangkan mereka pernah mengumumkan sebelum ini bahawa mereka akan melancarkan sebuah motosikal elektrik dan skuter menjelang tahun 2020. Walaupun imej yang terpapar pada video ini tampak seperti masih dalam lakaran kasar, artis yang bertanggungjawab untuknya (yang mungkin sekali dari Ducati sendiri, siapa tahu?) telah melakukan tugas dengan baik sekali dengan menyertakan elemen-elemen sebuah Multistrada dalam penghasilannya.

Pada penghujung video tersebut, skuter itu tampak agak panjang, mengandaikan yang ianya mungkin sekali sebuah gabungan antara enjin elektrik dan automatik hasil usaha Ducati. Digelar Ducati 849 Scootster S, ianya mungkin sekali bukan skuter tercantik yang ada buat setakat ini, namun, sebuah skuter kelas pertengahan automatik Ducati sudah pasti satu prospek yang agak menarik untuk diselami.

Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk segala perkembangan terkini dunia permotoran.

Ducati Multistrada 1260 2018 Diperkenalkan – Model S Dan Pikes Peak Turut Disertakan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.