Tag: Kawasaki
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Terdapat begitu banyak motosikal Kawasaki di dalam kancah motosikal buatan khas. Terdapat pelbagai motosikal Kawasaki yang dikhususkan dalam setiap kategori. Terdapat juga pelbagai jenis aksesori di dalam pasaran untuk pengkhususan motosikal Kawasaki.
Ingin memiliki motosikal retro yang berkuasa? Kawasaki Z900RS CAFE 2018 boleh membantu anda. Pesaing terbaru dalam kancah motosikal cafe racer dari Kawasaki ini didatangkan dengan rekabentuk serta kemasan grafik yang cantik sekali, yang akan memikat para penggemar motosikal retro dan juga motosikal moden. Enjin empat selari 948cc-nya itu mampu menjana sehingga 110hp dan…
Motosikal Kawasaki Ninja ZX-10R SE 2018 telah diperkenalkan semalam di Pertunjukan EICMA yang sedang berlangsung di Milan, Itali. Pengemaskinian yang terbesar pada motosikal SE ini adalah suspensi elektrik separa aktif Showa dengan pengesan gerakan bersepadu. Roda aluminium tempa dan quickshifter dwi-arah yang diambil daripada motosikal ZX-10RR juga telah dilengkapkan pada motosikal ini.
Kawasaki baru sahaja melancarkan jentera dicas lampau ketiga mereka dalam bentuk motosikal mesra kembara, Kawasaki Ninja H2 SX 2018. Dua buah model yang berbeza boleh didapati; Kawasaki Ninja H2 SX 2018 dan Kawasaki Ninja H2 SX SE 2018. Beberapa buah ciri menarik yang terdapat pada motosikal-motosikal ini adalah lampu menyelekoh, kawalan cengkaman, kawalan mulaan,…
Tercari-cari kumpulan motosikal Kawasaki untuk disertai? Di sini kami senaraikan beberapa buah kelab motosikal Kawasaki utama di Malaysia. Antara kumpulan motosikal Kawasaki yang paling aktif di dalam negara kita adalah Kawasaki Owners Group (KOG), Wilhin Motor Group, dan Welly Advance Bikers. Selain itu terdapat juga kelab motosikal Kawasaki Lady Bikers, Z800 HaVoc, ZX-6R /…
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Kawasaki telah senantiasa mengujakan dunia dengan motosikal berprestasi tinggi, dari dahulu sehingga sekarang. Mereka telah mencipta pelbagai motosikal keluaran terpantas dunia di sepanjang penglibatan mereka dalam industri permotosikalan. Kini, mereka sedang mendominasi rekod ini dengan motosikal Ninja H2 untuk untuk kegunaan jalan raya, selain daripada motosikal H2R dan Ninja…
Kawasaki telah merancang aktiviti yang hebat sempena pusingan Shell Malaysia MotoGP 2017 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (27 Oktober – 29 Oktober 2017). Gerai pameran Kawasaki yang telah disediakan akan memperagakan ke semua rangkaian motosikal Kawasaki, termasuklah model Ninja ZX-10R, Ninja ZX-10RR, Ninja H2 dan H2R. Konvoi besar-besaran melebihi 300 orang…