WorldSSP300 – Ana Carrasco Mencipta Sejarah Sebagai Penunggang Wanita Pertama Memenangi Perlumbaan Motosikal World Championship!

Perlumbaan WorldSSP300 pada hujung minggu lalu di Portugal menyaksikan Ana Carrasco (ETG Racing) mencipta sejarah sebagai penunggang wanita pertama memenangi perlumbaan motosikal Kejohanan Dunia. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu bertarung dengan hebat di sepanjang perlumbaan dan berjaya merangkul kemenangannya itu di selekoh terakhir dan melintasi garisan penamat di tempat pertama. Ketika ini, penunggang…

Kawasaki Menayangkan trailer usikan Kawasaki Z900 RS 2018!

    Kawasaki Motors baru sahaja mengeluarkan sebuah video usikan pendek yang menampilkan sesuatu yang kelihatan seperti sebuah motosikal moden klasik, Kawasaki Z900 RS. Video usikan pendek itu telah dimuat naik ke Youtube oleh Kawasaki Motors dan diakhiri dengan mesej “Unveiling of Kawasaki #TrueSpirit TOKYO, 25-10-2017”. Tarikh yang dinyatakan pada penghujung video berkenaan menunjukkan pengenalannya…

Kawasaki Siri 650 – 10 Sebab Utama Mengapa Ianya Motosikal Kelas Pertengahan Kegemaran Ramai.

ARTIKEL OLEH: WAHID OOI ABDULLAH Motosikal kelas pertengahan Kawasaki 650cc kini menyambut ulangtahunnya yang ke-11. Model-model baru seperti Ninja 650 ABS, Z650 ABS dan Versys 650 kini sedang mengecapi kejayaan yang gemilang. Menyeronokkan, mesra pengguna, mampu dimiliki, dan kos penyelenggaraan yang rendah membuatkannya popular.

Jelajah Kawasaki “Always Closer to You” Menggegarkan Pasir Gudang, Johor

  Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah membuat hentian kedua di Pasir Gudang,Johor sebagai sebahagian daripada jelajah Kawasaki “Always Closer to You” pada hujung minggu yang lalu. Lebih daripada 2,500 pengunjung telah menghadiri jelajah ini bagi menyertai acara-acara jelajah ini terutamanya sesi tunggang uji bagi ke semua model motosikal Kawasaki yang terbaru. Orang ramai dari…

Kenstomoto Ju Racer – Motosikal Kawasaki ZX-10R Yang Bertukar Menjadi Jentera Litar Naked Muktamad

  Bengkel Kenstomoto telah memperagakan ciptaan terbaru mereka semasa festival Art of Speed Malaysia 2017 iaitu Kenstomoto Ju racer, sebuah motosikal Kawasaki ZX-10R buatan khas penuh. Si geliga di belakang tabir segala rekaan serta pembikinannya adalah tidak lain serta tidak bukan, Kenny Yeoh, pengasas Kenstomoto yang juga merupakan ahli Custom Cartel. Hasilnya merupakan sebuah jentera…