Kawasaki Akan Mengadakan Acara Yang Hebat Di Shell Malaysia MotoGP 2017!

 

 

  • Kawasaki telah merancang aktiviti yang hebat sempena pusingan Shell Malaysia MotoGP 2017 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (27 Oktober – 29 Oktober 2017).
  • Gerai pameran Kawasaki yang telah disediakan akan memperagakan ke semua rangkaian motosikal Kawasaki, termasuklah model Ninja ZX-10R, Ninja ZX-10RR, Ninja H2 dan H2R.
  • Konvoi besar-besaran melebihi 300 orang pemilik motosikal Kawasaki akan berhimpun di Padang Merbok sebelum menuju ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi menyaksikan perlumbaan MotoGP.

Sudah tiba masanya yang dinanti-nantikan setiap tahun di mana ribuan orang akan membanjiri Litar Antarabangsa Sepang untuk menyaksikan satu-satunya perlumbaan MotoGP di rantau ini, buat masa sekarang – pusingan MotoGP Shell Malaysia.

Dan seperti mana yang telah kita saksikan sejak 10 tahun yang lalu, Kawasaki pasti akan tampil dengan gah sekali lagi dalam bentuk konvoi motosikal yang terdiri daripada ratusan motosikal, dan sebuah ruangan pameran yang amat besar.

 

Ruang pamerannya itu akan memperagakan rangkaian penuh motosikal Kawasaki termasuklah motosikal Ninja ZX-10R, motosikal Replika WBSK yang telah memenangi Kejohanan Superbike Dunia pada tahun 2013, 2015, dan 2016. Akan terdapat juga sebuah motosikal Ninja ZX-10RR, model asas yang baru-baru ini telah memenangi Kejohanan Superbike Dunia dan motosikal dicas lampau “Built Beyond Belief” Kawasaki Ninja H2 dan H2R.

Dan kemudiannya, pada hari Ahad 29 Oktober 2017, Konvoi MotoGP ikonik Kawasaki yang mengumpulkan lebih daripada 300 orang pemilik motosikal Kawasaki akan menuju ke litar berkenaan bagi menyaksikan perlumbaan MotoGP ini. Konvoi ini akan mula berkumpul di Padang Merbok berdekatan dengan Jalan Parlimen, Kuala Lumpur, di mana Dato Jeffrey Lim, Pengurus Besar dan Pengarah KMSB akan merasmikan konvoi berkenaan.

Kawasaki sentiasa mempamerkan acara yang hebat sewaktu konvoi dan di ruangan pameran mereka, dan bagi tahun ini, mereka telah mendapatkan khidmat Nestle Sdn. Bhd. untuk menyajikan kopi di gerai Kawasaki Coffee Break, dan Tokio Marine Insurance juga turut serta bagi memberikan khidmat nasihat mengenai produk dan perkhidmatan mereka.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai konvoi dan ruangan pameran Kawasaki, layari laman sesawang rasmi merekan dengan MENEKAN SINI, atau layari laman Facebook Kawasaki. Jumpa anda di sana!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]