Perpindahan Pemilikan Kenderaan Kini Boleh Dilakukan Secara ‘Online’- Anthony Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan bahawa proses perpindahan pemilikan kenderaan kini boleh dijalankan secara atas talian. Pembeli dan penjual kenderaan tidak lagi perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan pertukaran pemilikan. Menurut Anthony Loke, segala proses itu boleh dilakukan secara atas talian sekiranya kedua-dua pihak memiliki ID MySikap yang boleh diperolehi di…

Pemandu E-Hailing Tanpa Lesen PSV Bakal Dikenakan Tindakan Tegas – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu e-hailing yang gagal mematuhi syarat yang dikenakan selepas 12 Oktober ini. Peringatan tersebut dikeluarkan Pengarah JPJ Kuala Lumpur Datuk Ismail Mohd Zawawi yang menjelaskan bahawa tindakan saman akan dikenakan terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan antaranya memiliki lesen Memandu Kenderaan Awam (PSV). Menurut laporan NST,…

Nombor Plat VDV 8 Catat Bidaan Tertinggi RM73,000!

  Nombor plat kenderaan bernombor VDV 8 telah merekodkan bidaan tertinggi dengan RM73,000 sejak nombor siri tersebut dilancarkan pada 15 Ogos lalu. Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi, nombor siri DVD berjaya merekodkan kutipan RM1.5 juta. “Sejumlah 1,654 pembida telah terlibat dalam sesi bidaan tersebut,” katanya menurut laporan NST….

Tak Perlu Lagi Rasa Cuak Dengan Kehadiran JPJ Ketika Ujian Memandu

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memberi sokongan sepenuhnya terhadap sistem ujian elektronik bagi menggantikan sistem lama yang diguna pakai sebelum ini. Sebelum ini, setiap ujian memandu mewajibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk duduk di sebelah pemandu. Pengenalan kepada ujian elektronik dengan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) dan sensor membolehkan sistem lama itu diberhentikan….

JPJ Johor Sasar Kutipan Lebih RM1 Juta Bagi Nombor Plat ‘JTR’

Jabatan Pengangkutan Jalan Johor mensasarkan kutipan lebih RM1 juta bagi penjualan nombor plat kenderaan ‘JTR’. Menurut pengarah JPJ Johor, Razali Wagiman, orang ramai boleh membuat bidaan secara atas talian menerusi JPJ e-bid bermula malam tadi sehingga 25 Ogos. Ini merupakan julung kalinya, JPJ Johor menggunakan sistem JPJ e-bid tatkala semua bidaan sebelum ini dijalankan secara…

Isytihar Helmet Sebelum Ke Luar Negara Untuk Elak Dirampas!

Akaun Facebook, Ministry of Superbike Singapore telah memuat naik gambar yang memaparkan peringatan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai kemasukan helmet yang tidak mengikut piawaian ditetapkan. Selain daripada penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak teratur, sepanduk tersebut turut mencetuskan pelbagai tanda-tanda susulan maklumat yang cuba disampaikan kurang jelas dan mampu mencetuskan kekeliruan terutamanya bagi penunggang motosikal….

Warga Singapura Kantoi Tukar Nombor Plat Kenderaan Didenda RM8,000

Mei lalu, netizen telah berkongsikan beberapa gambar yang memaparkan seorang warga Singapura telah bertindak menukar nombor plat kenderaan di sebuah stesen minyak yang terletak di Lebuhraya LinKedua Gelang Patah, Johor Bahru. Tindakannya itu mencetuskan kemarahan orang ramai dengan rata-rata menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan. Semalam, tertuduh, Tan Hock Lai, telah dijatuhkan hukuman denda RM8,000 oleh…

Program Lelong Kereta Sita, JPJ Pulau Pinang Kutip RM2.31 juta

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mencatat kutipan lebih RM2.31 juta menerusi Program Lelongan Awan Kenderaan Sita yang berlangsung semalam. Kutipan tersebut tidak termasuk jualan buku lelong yang merekodkan jumlah sebanyak RM105,000. Menurut laporan Berita Harian, sejumlah 100 buah kenderaan sita telah dilelong dengan bidaan tertinggi mencecah RM52,000 bagi kenderaan jenis Toyota Estima 2.4 (A)…