Pemandu E-Hailing Tanpa Lesen PSV Bakal Dikenakan Tindakan Tegas – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu e-hailing yang gagal mematuhi syarat yang dikenakan selepas 12 Oktober ini.

Peringatan tersebut dikeluarkan Pengarah JPJ Kuala Lumpur Datuk Ismail Mohd Zawawi yang menjelaskan bahawa tindakan saman akan dikenakan terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan antaranya memiliki lesen Memandu Kenderaan Awam (PSV).

Menurut laporan NST, JPJ akan melakukan operasi besar-besaran di sekitar ibu kota sebaik tempoh lanjutan tiga bulan diberikan tamat.

JPJ telah menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap servis e-hailing baru-baru ini dan mendapati lebih 25 pemandu tidak memiliki e-Hailing Vehicle Permit (eVP), 55 pemandu tanpa lesen PSV dan 73 pemandu tidak mengenakan pelekat e-hailing.

Operasi ini hanya menyaksikan JPJ memberi nasihat dan amaran kepada pemandu e-hailing sementara tempoh lanjutan masih berlangsung.

(SUMBER: NST)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply