Tak Perlu Lagi Rasa Cuak Dengan Kehadiran JPJ Ketika Ujian Memandu

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memberi sokongan sepenuhnya terhadap sistem ujian elektronik bagi menggantikan sistem lama yang diguna pakai sebelum ini.

Sebelum ini, setiap ujian memandu mewajibkan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) untuk duduk di sebelah pemandu.

Pengenalan kepada ujian elektronik dengan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) dan sensor membolehkan sistem lama itu diberhentikan.

Namun, Menteri Pengangkutan itu menegaskan beberapa perkara perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum peralihan ke sistem ujian elektronik dijalankan.

“Ujian elektronik akan menggantikan ujian manual dalam masa terdekat namun institut memandu perlu menjalani beberapa proses bagi mendapat kelulusan terlebih dahulu,” katanya menurut laporan The Star.

Bagaimanapun, Loke menjelaskan kementerian tidak tergesa-gesa untuk langkah baharu itu diperkenalkan.

“Selepas sistem ujia elektrik dilaksanakan, segalanya akan dilakukan menerusi komputer tanpa perlu campur tangan sebarang individu.

“Tiada lagi pegawai JPJ duduk disebelah pemandu sebaliknya sensor dan kamera akan dipasang di litar dan di dalam kereta,”tambahnya.

Pada masa sama, Loke menyifatkan penggunaan sistem baharu ini – yang akan terus disambungkan terus kepada sistem mySIKAP di JPJ – akan menjimatkan masa JPJ.

(SUMBER: The Star)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.