Isytihar Helmet Sebelum Ke Luar Negara Untuk Elak Dirampas!

Akaun Facebook, Ministry of Superbike Singapore telah memuat naik gambar yang memaparkan peringatan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengenai kemasukan helmet yang tidak mengikut piawaian ditetapkan.

Selain daripada penggunaan Bahasa Inggeris yang tidak teratur, sepanduk tersebut turut mencetuskan pelbagai tanda-tanda susulan maklumat yang cuba disampaikan kurang jelas dan mampu mencetuskan kekeliruan terutamanya bagi penunggang motosikal.

Sepanduk tersebut menjelaskan bahawa kemasukan helmet yang tidak menepati piawaian United Nation (UN) R22 Protective Helmets and Their Visor for Driver and Passenger of Motorcycles and Moped – lebih tepat ECE 22 – atau Malaysian Standard (MS) 1 Specification for Protective Helmets for Vehicle Users akan menyebabkan helmet terbabit boleh dirampas pihak kastam.

Helmet yang dibawa masuk tanpa permit daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga boleh menyebabkan helmet tersebut ditahan.

Bagaimanapun, kami berjaya menghubungi pihak kastam dan mereka menggesa orang ramai untuk mengisytiharkan helmet atau sebarang kelengkapan tunggangan lain ketika di lapangan terbang bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku sebaik pulang ke tanah air.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply