Program Lelong Kereta Sita, JPJ Pulau Pinang Kutip RM2.31 juta

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mencatat kutipan lebih RM2.31 juta menerusi Program Lelongan Awan Kenderaan Sita yang berlangsung semalam.

Kutipan tersebut tidak termasuk jualan buku lelong yang merekodkan jumlah sebanyak RM105,000.

Menurut laporan Berita Harian, sejumlah 100 buah kenderaan sita telah dilelong dengan bidaan tertinggi mencecah RM52,000 bagi kenderaan jenis Toyota Estima 2.4 (A) sementara bidaan terendah RM7,000 bagi dua kereta jenis Nissan Sentra 1.6 dan Nissan March 1.0.

Meskipun program tersebut diseharusnya berlangsung sehingga hari ini namun sambutan luar biasa diterima menyebabkan kesemua unit kenderaan mendapat pemilik baharu semalam.

Sementara itu, bagi memastikan kelancaran program, beberapa wakil pemerhati daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut hadir bagi melakukan tinjauan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply