JPJ Lelong 65 Buah Kenderaan

Motosikal Yamaha YZF-R6 yang berjaya dilelong – Sumber imej: Harian Metro
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan baru-baru, ini telah melelong 65 buah kenderaan.
  • Ia berjaya meraih sejumlah RM389,963.
  • Bidaan tertinggi bagi sebuah motosikal adalah pada harga RM15,000, bagi sebuah model Yamaha YZF-R6.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan baru-baru ini telah melelong 65 buah kenderaan dalam satu hari sewaktu Program Lelongan Awam JPJ Negeri Sembilan Siri 1/2019 di Seremban.

Selain daripada kenderaan, sebanyak 172 buah buku yang dilelong turut terjual. Program ini berjaya meraih sejumlah RM389,963.

Antara kenderaan yang telah dilelong termasuklah 30 buah motosikal, 20 buah kereta, sembilan buah MPV, dua buah trak, sebuah jip, dan sebuah lori treler.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat JPJ, Khairul Anwar Bachok, berkata bahawa dia terkejut dengan sambutan yang luar biasa. Orang ramai telah mula berkumpul seawal 8 pagi dan setia sehingga penghujung acara lelongan pada pukul 3 petang.

Bidaan buat motosikal bermula pada harga RM150. Seorang pembida bertuah berjaya memperoleh sebuah motosikal Yamaha YZF-R6 pada harga RM15,000.

Kenderaan-kenderaan tersebut merupakan antara kenderaan yang telah dirampas oleh jabatan berkenaan atas pelbagai kesalahan. Kenderaan-kenderaan ini tidak memiliki pemilik yang sah selepas melalui proses mahkamah. Antara kesalahan-kesalahannya adalah tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) yang sah, memandu tanpa lesen, dan memandu di bawah umur. Ada sebahagian daripada kereta tersebut adalah kereta ‘klon’.

JPJ telah melelong sejumlah 599 buah kenderaan sejak tahun 2013, meraih sejumlah RM737,780.

Jadi, nantikanlah sesi lelongan yang seterusnya, siapa tahu, anda boleh membawa pulang kenderaan yang anda inginkan sebelum ini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply