Boon Siew Honda dengan secara rasminya telah melancarkan bilik pameran konsep Honda Impian X mereka yang pertama di Gelang Patah, Johor. Dikendalikan oleh Swee Seng Heng Sdn. Bhd., bilik pameran Honda Impian X tersebut bertumpukan kepada jualan dan kepakaran selepas jualan berfokuskan motosikal Honda 300cc ke bawah. Lebih banyak bilik pameran Honda Impian X akan…
Tag: Honda motorcycles
Boon Siew Honda secara rasminya telah mengumumkan kemunculan motosikal Honda CBR500R 2018, CB500F 2018, dan CB500X 2018 di kesemua pengedar rasmi BSH. Rangkaian Honda CB500 2018 telah pun dikemaskini dengan beberapa perubahan penggayaan termasuklah skema warna dan jalur garis yang baru. Kesemua model 2018 telah ditetapkan harganya bermula dari RM31,363.28 hingga RM35,391.28 (harga asas beserta…
Honda telah mengumumkan bahawa akan adanya satu lagi penyertaan baru bagi perlumbaan ketahanan Suzuka 8 Hours 2018 bersama dengan pasukan pengilang HRC mereka. Pengumuman ini dibuat setelah Yamaha Factory Racing Team memenangi perlumbaan ikonik buat tiga tahun yang lalu. Pengeluar tersohor dari Jepun itu mungkin juga bakal menggunakan penunggang utama mereka dari siri perlumbaan…
Boon Siew Honda sedang merancang untuk mengembangkan lagi rangkaian motosikal mereka bagi tahun 2018 dengan lebih kurang sepuluh model terbaru. Dua daripada model baru ini akan memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi motosikal kembara. Selain daripada rangkaian Honda CRF250L 2017 yang telah diperkenalkan baru-baru ini, kita boleh nantikan kemunculan Honda X-ADV dan Africa Twin…
Barisan penunggang Honda Racing 2018 telah diumumkan dan ianya terdiri daripada Ian Hutchinson dan Lee Johnston. Pemenang Isle of Man TT sebanyak 16 kali, Hutchinson, dan bekas juara ‘National Superstock 600’, Johnston, akan meneruskan usaha perlumbaan jalan raya Honda bagi tahun 2018. Kedua-dua penunggang ini berhadapan satu tugas yang besar dalam ‘menjinakkan’ jentera Honda CBR1000RR…
Boon Siew Honda menyambut 60 tahun yang gemilang dengan pencapaian pengeluaran lima juta unit motosikal di kilang pengeluaran mereka di Pulau Pinang. Apa yang bermula dengan hanya 50 buah motosikal Honda cub pada tahun 1957 telah berkembang dengan pesatnya dengan pengeluaran unit yang ke-sejuta mereka pada tahun 1986. Jumlah ini terus berkembang atas jasa…
Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja mengumumkan skuter Honda BeAT 2017 yang telah dikemaskini dengan kemasan warna Space Magenta Metallic serba baru. Bersama dengan warna yang baru dan jalur grafiti, skuter Honda BeAT yang baru ini juga dilengkapi dengan satu set roda 14 inci yang baru. BSH telah menetapkan harga bagi skuter Honda BeAT…
Motosikal Honda CB4 Interceptor Concept telah diperkenalkan di Pertunjukan EICMA 2017 di Milan, Itali baru-baru ini. Bertemakan “Sport Endurance”, motosikal cafe racer konsep terbaru dari Honda ini melambangkan versi mereka mengenai hala tuju masa hadapan bagi kategori motosikal. Terdapat sebuah turbin angin yang telah diterapkan di dalam reraup hadapan yang akan membantu menjana tenaga…
Honda Motorcycles telah melancarkan motosikal ‘streetfighter‘ terbaru mereka dalam bentuk Honda CB1000R 2018 terbaru semasa pertunjukan EICMA 2017 di Milan baru-baru ini. Motosikal CB1000R terkini itu dilengkapi dengan enjin empat selari, 1,000cc, patuh Euro4 yang sama boleh didapati pada motosikal Honda CBR1000RR Fireblade. Di antara ciri-ciri lain yang terdapat pada motosikal ini adalah klac ‘slipper-and-assist‘,…