Honda CBR1000RRW 2018 Siap Siaga Untuk Suzuka

Motosikal Honda CBR1000RRW 2018 telah diperkenalkan sebagai jentera pertandingan bagi perlumbaan ketahanan “Suzuka 8-hours” tahun ini. Motosikal ini akan dikendalikan oleh pasukan pengilang HRC bagi menyaingi Yamaha yang telah mendominasi arena ini. Takumi Takahashi, bersama dengan dua lagi penunggang pasukan Honda yang lain dari MotoGP dan WorldSBK akan mengemudi jentera ini pada penghujung bulan Julai…

Motosikal Honda CB1000R Carbon Edition Diperkenalkan Di Tokyo

Sebuah motosikal buatan khas ‘one-off’ karbon fiber, Honda CB1000R Carbon Edition 2018 telah diperagakan sewaktu Pertunjukan Motosikal Tokyo 2018. Dibina oleh Magical Racing, setiap satu bahagiannya, bermula dari roda hinggalah ke palang pemegangnya, telah digantikan dengan bahagian karbon fiber. Sebuah ekzos sistem penuh Yamamoto Racing Spec-A dengan peredam berwarna emas melengkapkan lagi motosikal tersebut.

Honda Forza 300 2018 Yang Dperkemaskini Diperkenalkan

Skuter Honda Forza 300 2018 yang baru telah diperkenalkan untuk pasaran Eropah. Diperkemaskini dengan casis yang lebih ringan serta rekabentuk yang lebih ‘sporty’, skuter Forza 300 yang baru ini menjanjikan prestasi yang lebih hebat dalam segenap aspek. Ciri-ciri lain termasuk kawalan cengkaman, lampu LED sepenuhnya, sistem Smart Key, ABS dwi saluran, dan bermacam-macam lagi.

Honda Impian X – Langkah Kanan Pertama Boon Siew Honda Bagi Tahun 2018

Bilik pameran Honda Impian X yang pertama telah dilancarkan pada bulan yang lalu di Johor. Bilik pameran konsep yang baru itu telah memberikan pengalaman serta keseronokan yang baru dalam membeli motosikal berkapasiti kecil di Malaysia. Boon Siew Honda telah merancang untuk merombak keseluruhan pemasarannya dengan Impian X sebagai langkah pertama mereka diikuti dengan Pusat Honda…

Honda Cross Cub 110 2018 Dilancarkan Di Jepun!

Honda Motor Co., Ltd. (Honda Motorcycles Japan) dengan secara rasminya telah melancarkan motosikal Honda Cross Cub 110 2018. Tambahan terbaru dalam keluarga Super Cub ini telah diperkenalkan bersama dengan saudaranya yang lebih kecil, motosikal Cross Cub 50. Tiada lagi berita mengenai harganya buat masa ini namun motosikal ini akan tersedia untuk pasaran Jepun menjelang penghujung…