Syaratnya, Hafizh Syahrin perlu memenuhi kriteria dengan menamatkan saingan Moto2 musim 2020 dalam kelompok lima terbaik. Itu syarat dikenakan Petronas Sepang Racing Team (SRT) terhadap pelumba berusia 26 itu menurut prinsipal pasukan, Dato Razlan Razali ketika ditemu bual BH. “Pilihan pertama adalah menyerap Hafizh ke pasukan Moto2 SRT tetapi sekiranya kami gagal mencari pengganti Fabio…
Tag: Hafizh Syahrin
Hafizh Syahrin mampu menarik nafas lega apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan dana kepada pelumba Moto2 negara itu. Difahamkan, dana tersebut akan disalurkan kepada Hafizh dalam masa terdekat. Dana tersebut berfungsi untuk membantu Hafizh dalam menampung kos perlumbaan bagi MotoGP musim 2020. Menurut KBS dalam satu kenyataan, dana tersebut akan diserahkan melalui Litar…
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, menggesa orang ramai untuk tidak mementingkan diri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan melaksanakan PKP dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 yang telah pun diumumkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Meskipun PKP telah pun memasuki hari ketujuh hari ini namun masih ada segelintir rakyat Malaysia yang degil tatkala…
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin akhirnya mampu menarik nafas lega apabila mendapat suntikan penajaan menjelang pembukaan tirai MotoGP musim ini. Tajaan daripada UMW Grantt International Sdn Bhd itu menyaksikan jumlah kutipan tajaan Hafizh kini telah pun mencapai 60 peratus sebelum aksi MotoGP buka tirai 6 hingga 8 Mac ini di Qatar. Bagaimanapun, menurut laporan Bernama,…
Jentera yang pernah ditunggangi pelumba negara, Hafizh Syahrin ketika di Moto2 kini dijual pada harga RM120,000. Ini bukan model replika tetapi jentera 600cc yang diguna pakai Hafizh sendiri ketika bersama Petronas Raceline Malaysia. Kombinasi kerangka Kalex dan enjin Honda CBR600RR ini merupakan antara faktor yang mencipta nama Hafizh di pentas dunia. Menurut perkongsian di Facebook,…
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, akan mendapat suntikan kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membantunya beraksi di saingan MotoGP musim ini. Menurut laporan FMT, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan perkara tersebut. “Saya akan membantunya sebanyak mungkin kerana sebelum ini fokus kami adalah mencari penaja daripada badan swasta. “Saya…
Meskipun sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19 di GP Jepun, semalam, namun Hafizh Syahrin tetap mencuri tumpuan apabila membantu menunda juara MotoGP, Marc Marquez. Marquez – yang turut menjuarai perlumbaan di Litar Motegi itu – mengalami masalah enjin sebaik menamatkan perlumbaan. Saksikan rakaman di bawah: Hafizh kemudiannya menghulurkan bantuan dengan menunda juara dunia enam kali…
Pelumba negara, Hafizh Syahrin baru-baru ini disahkan bakal mewakili pasukan Angel Nieto di saingan Moto2 musim depan. Dia terpaksa turun dari kelas premier musim ini tatkala tempatnya di KTM Tech3 akan diisi Brad Binder bagi musim 2020. Bagaimanapun, di Angel Nieto, Hafizh tidak akan menerima sebarang bayaran gaji dan hanya akan menerima insentif sekiranya berjaya…
Selepas berbulan menanti kepastian tentang masa depan Hafizh Syahrin di saingan MotoGP musim depan, pelumba itu akhirnya mengesahkan telah menandatangani pra-kontrak bersama pasukan baharu di Moto2. Meskipun enggan mendedahkan nama pasukan tersebut namun timbul dakwaan bahawa dia akan ke Angel Nieto, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jake Dixon yang telah pun berhijrah ke Petronas Sprinta. Hafizh…