Moto2: Hafizh Syahrin Sah Bakal Terima Dana Dari KBS

Hafizh Syahrin mampu menarik nafas lega apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan dana kepada pelumba Moto2 negara itu.

Difahamkan, dana tersebut akan disalurkan kepada Hafizh dalam masa terdekat.

Dana tersebut berfungsi untuk membantu Hafizh dalam menampung kos perlumbaan bagi MotoGP musim 2020.

Menurut KBS dalam satu kenyataan, dana tersebut akan diserahkan melalui Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai badan pemantau program pembangunan sukan permotoran negara.”

Bagaimanapun, KBS tidak mendedahkan jumlah dana yang disalurkan kepada pelumba pasukan Angel Nieto itu.

Sebelum ini, Hafizh turut menerima tajaan daripada pihak swasta bagi membantu karier perlumbaannya.

Selepas dua musim berkelana di kelas premier MotoGP bersama pasukan Tech3, pelumba berusia 25 tahun itu kembali ke kelas Moto2 bersama pasukan Angel Nieto.

Ketika aksi pembukaan Moto2 di GP Qatar, Hafizh berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-19.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply