Moto2: Hafizh Syahrin Dapat Bantuan Dana Dari KBS

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, akan mendapat suntikan kewangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membantunya beraksi di saingan MotoGP musim ini.

Menurut laporan FMT, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan perkara tersebut.

“Saya akan membantunya sebanyak mungkin kerana sebelum ini fokus kami adalah mencari penaja daripada badan swasta.

“Saya telah berbincang dengan pihak atasan dan kami ketika ini masih menanti permohonan daripada Hafizh.

“Kami akan terus mencari jalan untuk membantunya,” jelas Syed Saddiq.

Bekas pelumba KTM Tech3 itu bakal membuat penampilan semula di saingan Moto2 bagi musim 2020 setelah kehilangan tempat di MotoGP.

Dia akan bertanding bersama pasukan Angel Nieto Team namun perlu mencari penaja dan mengeluarkan perbelanjaan sendiri termasuk penginapan, penerbangan dan kos latihan.

(SUMBER: FMT)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]