Hafizh Syahrin Terima Hampir 60 Peratus Penajaan Setakat Ini

Sumber: Facebook Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin akhirnya mampu menarik nafas lega apabila mendapat suntikan penajaan menjelang pembukaan tirai MotoGP musim ini.

Tajaan daripada UMW Grantt International Sdn Bhd itu menyaksikan jumlah kutipan tajaan Hafizh kini telah pun mencapai 60 peratus sebelum aksi MotoGP buka tirai 6 hingga 8 Mac ini di Qatar.

Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, jumlah tajaan oleh UMW Grantt International tidak didedahkan.

“Dengan tajaan ini, saya komited untuk memberikan segala-galanya untuk negara,” jelas Hafizh ketika menandatangani persetujuan dengan wakil UMW Grantt International, Anas Nasrun Mohd Osman.

Sebelum ini, Hafizh turut menerima tajaan daripada syarikat tempatan, Primavalet.

Hafizh yang sebelum ini bersama KTM Tech 3 di MotoGP, akan kembali beraksi di Moto2 musim 2020 setelah menyertai pasukan Angel Nieto.

 

Meskipun akui bergelut namun dia yakin mampu melakukan yang terbaik.

“Bukan mudah untuk menyesuaikan diri kerana MotoGP dan Moto2 sangat berbeza, lain ceritanya kalau saya naik dari Moto3 ke Moto2. Apa sekalipun, saya tidak terlalu bimbang kerana saya yakin mampu berikan yang terbaik,” tambahnya.

(SUMBER: Bernama)

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.