RASMI: Hafizh Syahrin Hangatkan Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance Race

Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 (B2H) akan berlangsung 11 Disember ini di Litar Antarabangsa (Litar Selatan) sebagai perlumbaan endurance dua jam pertama yang berlangsung di sebelah malam. Lebih menarik, B2H akan turut dihangatkan dengan penyertaan pelumba negara, Hafizh Syahrin yang akan terlibat dalam kategori MP150 Elite. Hafizh pastinya akan beri saingan sengit apatah…

WorldSBK: MIE Racing Sambung Kontrak Hafizh Syahrin

MIE Racing Honda Team mengesahkan Hafizh Syahrin sebagai pelumba pasukan itu bagi musim 2023 di Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK). Keputusan mengekalkan Hafizh bagi musim baharu itu adalah satu perkembangan yang baik bagi pelumba berusia 28 tahun itu.  Ini bermakna Hafizh akan digandingkan dengan pelumba Brazil, Eric Granado musim depan.  Sementara itu, pemilik pasukan, Midori Moriwaki,…

WorldSBK: Hafizh Syahrin Selesai Ujian Sulung Bersama Honda CBR1000RR-R Fireblade SP

Pelumba negara, Hafizh Syahrin, bakal membuka tirai 2022 dengan beraksi di pentas Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) selepas meninggalkan Kejuaraan Dunia Moto2 tahun lalu. Hafizh telah pun menjalani ujian dua hari di Litar Catalunya di Barcelona bersama jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade SP yang akan digunakan dalam musim ini. Ini merupakan ujian sulung bagi Hafizh selepas disahkan…

WorldSBK: Hafizh Syahrin Buru Kedudukan ‘Top 10’ Di Setiap Pusingan

Pelumba Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK), Hafizh Syahrin mensasarkan kedudukan tinggi menjelang permulaan musim 2022. Hafizh, yang bakal membuat penampilan sulung di WorldSBK bersama MIE Racing Honda Team, tekad menggunakan pengalamannya di pentas Kejuaraan Dunia MotoGP dan Moto2 untuk beraksi lebih baik di WorldSBK. Meskipun masih belum berpeluang menguji jentera Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Hafizh percaya…

Ramai Yang Tanya Bila Nak Uji Jentera CBR1000RR-R – Hafizh Syahrin

Selepas diajukan soalan sama beberapa kali oleh peminat, akhirnya Hafizh Syahrin mendedahkan dia bakal menguji jentera Honda CBR1000RR-R pada bulan Mac ini sebagai persedian menghadapi musim sulung di Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK). Menurut Hafizh dia akan bingkas memulakan sesi ujian sebaik isterinya selamat melahirkan anak pertama. “Ramai yang bertanya bila saya akan menguji secara rasmi….

MSF SuperMoto: Hafizh Syahrin, Azlan Shah Bertembung 13 Februari Ini

Bakal berlangsung ‘pertempuran’ antara dua pelumba ternama Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah dan Azlan Shah Kamaruzaman dalam aksi Pusingan 3 MSF SuperMoto 2021/22, pada hujung minggu ini (13 Februari) di Litar Tangkak. Azlan dalam satu kenyataan berkata, “Saya suka bila beliau berlumba sekali kerana ia akan menjadikan perlumbaan lebih ‘syok’ dan mengujakan.” Azlan yang juga merupakan…

RASMI: Hafizh Syahrin Beralih Ke KYT Bagi WorldSBK 2022

Bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin disahkan bakal memulakan saingan di Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) musim 2022 bersama tajaan helmet baharu, KYT. Hafizh yang sekian lama menyarung helmet SHOEI sebelum ini, akan bertanding di pentas WorldSBK bersama KYT buat julung kalinya dalam karier pelumba itu. Hafizh turut mengumumkan penajaan helmet KYT di akaun Instagram miliknya…

Hafizh Syahrin Tapau Kategori Kapcai 150 – Braaap Track Attack 2021

Meskipun 11 tahun tidak beraksi dengan jentera kapcai namun bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin mudah mempamerkan dominasi apabila menjuarai Braaap Track Attack 2021 kategori MP150 Elite. Berlangsung di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang pada Ahad, Hafizh yang beraksi bagi pasukan J Performance langsung tidak kekok meskipun beraksi dengan jentera jauh lebih kecil berbanding yang…

WorldSBK: Hafizh Bakal Uji Honda CBR1000RR-R Januari Depan

Hafizh Syahrin bakal mengorak langkah sulung dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) bersama MIE Racing Honda Team, Januari depan di Sepanyol. Bekas pelumba Moto2 negara itu bersama-sama rakan sepasukan Leandro Mercado bakal menguji jentera Honda CBR1000RR-R. “Saya tidak pernah bawa jentera ini, ujian mungkin pada hujung Januari atau awal Februari di Sepanyol,” jelasnya. Sementara itu, dalam…