Gabit Saleh meneruskan kemaraan di hari kedua GIVI Rimba Raid apabila memenangi kategori terbuka perlumbaan Enduro semalam selepas mempertahankan kejuaraan Kelas A pada Sabtu. Pelumba ‘off-road’ negara itu menamatkan lima pusingan dengan catatan masa terpantas di antara 37 pelumba lain dengan 1 jam 20 minit 36.490 saat sekaligus mengukuhkan namanya dalam arena off-road. Tempat kedua…
Tag: GIVI
Sebagai penghargaan terhadap sokongan yang diberikan pada GIVI Rimba Raid 2018, edisi 2019 kembali dan diperhebatkan dengan halangan dan laluan lebih mencabar. Kejayaan Rimba Raid tidak akan berlaku tanpa kerjasama GIVI yang juga selaku penaja utama. Bagi memperhebatkan lagi Rimba Raid kali ini, GIVI turut membawa masuk Jeremias Israel daripada Chile yang memikul status sebagai…
Konvoi MotoGP GIVI Malaysia 2018 meneruskan tradisi tahunan GIVI Asia. Muzium Negara telah dipilih sebagai tempat permulaan untuk tahun ini. Para peserta telah menerima pelbagai hadiah hebat termasuklah tiket dan tempat parkir istimewa.
GIVI Asia telah diumumkan sebagai salah sebuah daripada lima penaja baru bagi perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2018. Sejumlah 200 buah helmet akan diberikan kepada pihak polis, marsyal dan juga warga media untuk kegunaan sepanjang perlumbaan tersebut. Perlumbaan basikal ikonik itu akan bermula dari 18 hingga 25 Mac 2018 dan akan merentasi sejumlah lapan…
Tunggangan kembara GIVI Explorer Tour dijadikan medan ujikaji produk GIVI bagi menyediakan produk terbaik untuk pengguna mereka. Tunggangan kembara “GIVI Explorer – The Golden Triangle Adventure” telah melintasi 3 negara Indochina iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam. Pelbagai motosikal daripada model dan jenama yang berbeza telah dipilih bagi mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI.
GIVI Malaysia telah membuka satu lagi GIVI Point yang terletak di Johor Bahru berhampiran Jalan Tampoi. Ianya merupakan GIVI Point yang ketiga dilancarkan selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bagi mereka yang membeli sebuah kotak dari GIVI Point Johor Bahru bermula sekarang hingga 19 Februari 2018 akan menerima sebuah unit lampu brek ketiga secara percuma.
Sudah menjadi satu tradisi untuk GIVI hadir di MotoGP Malaysia. Mereka telah menghadiahkan pelbagai cenderahati yang menarik buat para pengunjung astaka mereka. Para peserta konvoi MotoGP mereka turut menerima pelbagai hadiah yang amat menarik.
Konvoi MotoGP GIVI B32 akan bermula dari Menara Kuala Lumpur pada tahun ini. Konvoi ini dijadualkan pada hari Ahad, 29 Oktober 2017. Para peserta akan menerima pelbagai hadiah yang menarik!
Sejumlah hampir 500 sut hujan GIVI palsu telah dirampas dalam satu serbuan pagi ini. Serbuan itu dijalankan oleh pegawai KPDNKK bersama dengan wakil dari GIVI Asia Sdn. Bhd. Pemilik perniagaan berkenaan telah menjual produk palsu ini di atas talian.