Pelumba Tempatan Tunjuk Belang Aksi Enduro, Gabit Menang Lagi

Gabit Saleh meneruskan kemaraan di hari kedua GIVI Rimba Raid apabila memenangi kategori terbuka perlumbaan Enduro semalam selepas mempertahankan kejuaraan Kelas A pada Sabtu.

Pelumba ‘off-road’ negara itu menamatkan lima pusingan dengan catatan masa terpantas di antara 37 pelumba lain dengan 1 jam 20 minit 36.490 saat sekaligus mengukuhkan namanya dalam arena off-road.

Tempat kedua jadi milik Ahmad Lezzam Roslim dengan catatan masa 1 jam 20 minit 42.859 saat diikuti Richard Lim ketiga dengan 1 jam 25 minit 15.784 saat.

Sementara itu bagi kategori veteran menyaksikan 53 pelumba berentap bagi merebut kejuaraan dengan Rohaizam Rizal Mansor muncul juara dengan catatan masa 47 minit 40.073 saat diikuti Mohd Fauzi Ali kedua dengan 49 minit 26.849 saat dan Lai Kok Hing ketiga yang hanya dipisahkan beberapa saat di belakang.

Kategori novice menyaksikan Muhammad Fareez Burhanuddin juara dengan 55 minit 51.473 saat diikuti Mohammad Syamin kedua dengan 56 minit 46.992 saat sementara Michael Soh ketiga dengan 56 minit 50.331 saat.

Aksi Enduro melengkapkan GIVI Rimba Raid yang memasuki hari kedua semalam sekaligus mengukuhkan pertandingan itu dipersada tempatan dan antarabangsa.

Hari pertama yang berlangsung pada Sabtu melibatkan acara tumpuan ‘jungle race’ menyaksikan Gabit berjaya mempertahankan kejuaraan dimenangni tahun lalu di Mat Daling.

Perlumbaan itu turut menampilkan pelumba jemputan dari Chile, Jeremias Israel yang merupakan pelumba raki Dakar Honda.

Saksikan rangkuman hari kedua Rimba Raid di bawah:

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply