GIVI Explorer – Medan Penyelidikan Dan Pembangunan Produk Terbaik

  • Tunggangan kembara GIVI Explorer Tour dijadikan medan ujikaji produk GIVI bagi menyediakan produk terbaik untuk pengguna mereka.
  • Tunggangan kembara “GIVI Explorer – The Golden Triangle Adventure” telah melintasi 3 negara Indochina iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam.
  • Pelbagai motosikal daripada model dan jenama yang berbeza telah dipilih bagi mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI.

Sebagai salah sebuah pengeluar aksesori motosikal terkenal dunia, GIVI yang diasaskan di Itali itu telah membuktikan yang produk mereka berkualiti tinggi dan tahan lama. Dalam usaha menyediakan produk yang terbaik untuk pengguna mereka, pada setiap hujung tahun, GIVI telah mengambil inisiatif yang telah mereka gelar sebagai “GIVI Explorer Tour”.

Tunggangan kembara ini adalah medan di mana GIVI melakukan uji kaji terhadap produk-produk mereka yang terkini dan yang akan datang di dalam cuaca yang pelbagai serta keadaan yang ekstrim. Pada bulan November yang lalu, tunggangan kembara “GIVI Explorer – The Golden Triangle Adventure” telah melintasi 3 negara Indochina iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam.

GIVI Golden Triangle Adventure 2017 (Day One)

Tunggangan kembara ini telah disertai oleh 25 orang peserta dari seluruh dunia dari pelbagai negara seperti China, Australia, Indonesia, Singapura, Thailand, Korea Selatan, Taiwan, Amerika Syarikat, Colombia, Bolivia, Sepanyol, Itali, Vietnam, dan juga Malaysia.

Pelbagai motosikal daripada model dan jenama yang berbeza telah dipilih bagi mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI. Antara motosikal-motosikal tersebut adalah Honda Africa Twin, Kawasaki Versys, Suzuki V-Strom, BMW GS, Yamaha Tenere, Honda X-ADV, dan Triumph Tiger.

Menurut Joseph Perucca, Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, yang juga turut serta dalam program ini dan bertindak sebagai Ketua Delegasi,” GIVI Explorer adalah medan yang terbaik untuk kami menggunakan dan menguji produk-produk terbaru kami. Dengan ujian yang ekstrim sepanjang 10 hari perjalanan, banyak data dan informasi yang dapat kami kumpul dal salurkan kepada jabatan penyelidikan. Sekaligus, kami dapat melakukan penambahbaikan sebelum produk akhir dikeluarkan untuk jualan kepada pengguna.”

Selain itu, kami juga telah mengambil peluang ini untuk melakukan kerja amal, “Riding for Reading”, di mana kami telah menyumbangkan dalam bentuk alat tulis, makanan, susu, dan dana tunai untuk kanak-kanak yang kurang berkemampuan di Ho Chi Minh City, Vietnam,” tambah Perucca lagi. Acara amal itu turut disertai oleh Hendrika Visenzi, Timbalan Presiden GIVI yang mewakili pihak ibu pejabat dalam menyumbang barangan kepada kanak-kanak berkenaan.

Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai acara tunggangan kembara GIVI Explorer ini, anda bolehlah melayari laman sesawang rasmi GIVI Explorer. Anda juga boleh melayari laman Facebook rasmi GIVI Malaysia.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply